Sahur 7 Ramadan 1446H - Blog Roziah Muhammad Nor

Sabtu, 8 Mac 2025

Sahur 7 Ramadan 1446H

Cepatnya masa berlalu 7 Ramadan 1446H dah pun hari ni. Rasa baru je lagi 1 Ramadan. Alhamdulillah masih diberi peluang bangun sahur pagi ni.

Macam biasa menu sahur 7 Ramadan 1446H masih sama je. Tak pernah jemu pun. Walaupun menu sama je tetap nak update blog. Dah plan nak buat entry sahur dan menu berbuka setiap hari. Baru la aktif blog ni kan. 

Sahur 7 Ramadan 1446H

So menu sahur kita pagi tadi untuk anak-anak macam biasa juga Vico ais, air Performance Drink ais. Memang sejenis minum ais dipagi hari. Sikit jela asalkan sejuk je. Tak suka minum panas. Adik Rania setia makan Calci Yum dia tu la. Kakak Raisha makan kurma je lepas minum air.

Cie pulak masih sama juga ESP shake dengan Cinch Chocolate. Yang ni protein shake Shaklee membantu memberi rasa kenyang berpanjangan. Memang kenyang minum ni. ESP tu boleh juga blend dengan buah pisang, dragon fruit, mangga. Nanti kang beli barang dapur nak beli buah.

Performance Drink ni ada 2 flavour Orange dan Lemon Lime. Puasa kali ni Cie tak beli Lemon Lime. Biasanya beli kedua flavour. Sahur dengan Orange, berbuka dengan Lemon Lime letak asam boi, serai, hirisan lemon memang sedap. PD ni bantu kurangkan rasa dahaga dan mengawal paras bendalir didalam badan kita supaya tidak terlalu kering dan tidak pula terlalu banyak.

Cinch Tea pulak mengandungi 3 jenis teh iaitu green tea, white tea dan red tea. Setiap satu teh ni memang banyak manfaat digabungkan menjadi 1 Cinch Tea. Nak kurus pun boleh minum Cinch Tea ni semasa IF juga. Kalau minum CT ni memang kita sentiasa fokus dan hilang mengantuk. Ada taurina di dalamnya.

Banyak manfaat produk Shaklee ni sebab tu Cie amalkan. Lagipun ada kajian klinikal, ada sijil halal, sudah lama di pasaran. InsyaAllah selamat untuk kita amalkan. 
Begitulah kan. Apa yang baik kita amalkan, yang tak elok kita tinggalkan. Bab makan-makan ni ada yang bahaya pun kita amalkan contohnya makan manis-manis, berlemak-lemak. Tu yang sedap susah nak tinggal. Hihi

Sama-sama lah kita menjaga kesihatan diri. Harga sebuah kesihatan ni sangat mahal.

4 ulasan:

  1. Kesihatan ni satu nikmat kan...

    BalasPadam
  2. Betullah Chie...bab manis berlemak tu memang liat betul, melekat terus!

    BalasPadam
  3. rare jugak tu minum ais time sahur...MZ memang minum air panas jer time sahur (teh susu low fat letak stevia)

    BalasPadam
  4. Wahh kiranya takde makan nasi lah ye?

    BalasPadam