Sepupu Faiz lelaki. Kiranya ni majlis sebelah perempuan buat di Putrajaya. PakCu Faiz duduk di Kemaman. Nanti sambut menantu belah mereka buat di Kuantan minggu depan.
Sarapan Roti Canai
Awal pagi tadi bersarapan siap-siap dah di rumah. Malas nak pakai baju kenduri singgah bersarapan. Faiz beli roti canai bungkus je dari gerai kat taman Cie je. Siap sarapan baru kamu bersiap terus. Luggage semalam dah siap kemas.
Singgah 7E Cafe Pusat Perniagaan Gemilang
Lebih kurang 8.50 pagi kami keluar rumah. Faiz singgah Petron Tempoyang dulu isi minyak. Sambil singgah 7E Cafe beli Iced Caramel Latte. Faiz yang beli. Dia pun dah terjebak dengan Cie suka kopi 7E Cafe. Selain tu anak-anak beli mentos dan chupa chupas. Cie je tak turun tadi.
Voucher Free Coffee
Sebelum ni kalau beli apa-apa minuman kopi 7E Cafe akan dapat voucher percuma Iced Latte. Tapi tadi kat voucher tu cuma tulis Free 1 Coffee. So bermakna free apa-apa jela coffee tak macam sebelum ni hanya free Ice Latte. Seronok la Cie nak membeli lagi lepas ni.
Promosi ni sehingga 30 September 2025 tapi redeem tu boleh sehingga 31 Oktober 2025. Tapinya tak dan lama pun selalunya lepas dapat 2-3 hari lepas tu redeem la terus sebab memang nak membeli kopi.
Tertinggal Cincin Kat Rumah
Tadi masa dah gerak sebelum keluar taman lagi Cie perasan tak pakai cincin. Masa tu fikir takpela. Nak suruh Faiz patah balik malas pulak. Sekali Faiz belok ke kiri dia nak ke Petron dan 7E Cafe tu la. Kalau nak terus ke Putrajaya kena ambil kanan. Dalam hati Cie ada can ni suruh singgah semula rumah kang.
Lepas dah settle isi minyak dan 7E Cafe, Cie suruh Faiz singgah rumah kejap nak ambil cincin. Selalunya kat rumah memang Cie tanggal cincin. Nak keluar rumah baru pakai. Tak selesa nak pakai sepanjang masa.
Teruskan Perjalanan
Dah settle ambil cincin kami teruskan perjalanan. Lebih kurang 9.05 pagi macam tu kami gerak. Sampai tol Bentong 10.10 pagi. Singgah BHP selepas tol tu untuk ke toilet. Lepas tu terus gerak.
Hala ke KL tak jem. Banyak jugak kereta. Hala ke Pantai Timur tadi sebelum Bukit Tinggi dah jem kereta slow je bergerak. Pagi tadi ada nampak berita cakap perjalanan ke Kelantan sampai 28 jam. Dasyat betul punya banyak kereta menghala ke Kelantan. Orang Kelantan ramai merantau.
Cuti panjang 4 hari masing-masing tak lepaskan peluang untuk balik kampung dan bercuti. Cie ni pun InsyaAllah semalaman la tidur di KL hari ni. Esok baru balik. Dah alang-alang cuti kan kita stay la 1 malam. Walaupun kalau ikutkan boleh je terus balik lepas kenduri.
Sampai di Tol Gombak pukul 10.45 pagi. Tak sampai 2 jam perjalanan dari Lipis ke KL. Sejak highway Bentong - Raub tu dah siap memang dekat je dah perjalanan. Kalau yang Raub - Lipis tu siap lagi dekat nanti nak ke KL. Sikit lagi nak siap rasanya highway tu maybe tahun depan kot.
21 Ulasan
Memang dahsyat betul nak hala ke pantai timur waktu2 sekarang ni. Saya mampu tengok update kawan2 yg balik sana jelah
BalasPadamYe sama raya macam tu la. Ada yang 24 jam atas jalan je.
PadamSemoga selamat sampai dan segala rancangan bercuti berjalan lancar buat Cie dan keluarga.
BalasPadamAlhamdulillah. Aaminnn
PadamSelamat bercuti buat Cie dan keluarga, hati-hati dijalan dan semoga selamat sampai tujuan.
BalasPadamAaminnn. Terima kasih.
PadamDekat aje ek rupanya dah ada highway. Sy belum pernah lagi pergi belah² Pahang yg sana. Aaa.. memang ramai sangkut jammed semalam, kesian betul. Sedapnya kopi 7E.
BalasPadamYe highway CSR dari Bentong ke Kelantan cuma belum siap sepenuhnya. Baru siap sampai Raub je.
PadamTadi akk keluar pun nampak masih sesak trafik hala ke Tol Gombak tu... Macam balik raya kata kawan2 yg tersangkut dlm jammed :)
BalasPadamBest la overnight dekat Putrajaya, malam2 happening juga banyak lampu
Ye dari Jumaat lagi sampai petang semalam masih jem. Kami stay KL tak stay Putrajaya.
Padamkangen seven eleven
BalasPadamdi tempat saya sudah enggak ada seven eleven hehe
Oh tiada 7E di sana ye.
Padamkangen seven eleven
BalasPadamdi tempat saya sudah enggak ada seven eleven hehe
Selamat bercuti bersama keluraga ya..take care walau ke mana..
BalasPadamTerima kasih.
PadamTerasa kosong pula tak pakai cincin. Nak kena pakai manis² juga kat jari tu. Mujur asben Cie setuju singgah rumah dulu dan kebetulan sejalan.
BalasPadamAah rasa kosong je tu yang singgah jugak la sebab masih dalam kawasan boleh la singgah. Kalau kena patah balik tak ambil dah.
PadamSinggah 7E is wajib bagi seorang Cie. hihi...tak sah kalau tak mengopi kan. Bagus juga beli buat bekal kalau mengantuk ke jem je kan.
BalasPadamSaya pun jenis pakai cincin kalau keluar rumah je. Dalam rumah memang taklah pakai cincin buat kerja rumah semua tu. Nasib ada chance patah balik kan.
Umangaiii lama betul jem baru sampai Kelantan tu. Dasyat betul dia punya penangan jem kan. Sabar je lah kalau jem lama gitu.
Aiiiiih 28 jam stuck, dah macam jammed saat lebaran di sini 🤣🤣🤣. Memang tak sanggub lah. Saya pernah dulu 30 jam kena stuck, pas lebaran mau ke Solo. Padahal normalnya hanya 7 jam. . Sejak itu macam trauma mudik di saat lebaran 🤣. Memang tak pernah lagi.
BalasPadamHa.. kopi 7E tu dia dah tak limit kan iced latte, tu yang syok.. Kalau dia limit tu macam tak best..
BalasPadamsenang beli mknn/minuman kat 7-e ni
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.