Lama dah tak beriadah kat Taman Awam tu. Memang datang untuk makan jela. Lepas makan boleh terus beli barang dapur aktiviti hujung minggu.
Anak-anak makan Nasi Kerabu dan Ayam Goreng Berempah, Cie pulak Nasi Kerabu Paru Goreng, Faiz makan Nasi Kerabu Ayam Bakar dan Solok Lada. Cie terlupa nak mintak Telur Masin. Jadi tak best pulak makan Nasi Kerabu takde Telur Masin.
Cie suruh Faiz order juga karipap pusing. Tak habis pun makan kat situ bawak balik je.
Kedai tu ada bahagian atas tempat makan. Kena naik tangga yang agak bahaya jugak. Tu yang malas dah nak turun naik semata nak mintak Telur Masin.
Kalau makan Nasi Kerabu memang Cie mintak tanpa Sambal Kelapa tu. Cie dan anak-anak tak makan. Nasi Kerabu kat Gerai Inna ni warna biru. Jarang jumpa Nasi Kerabu biru ni selalunya putih je.
Air pulak tadi Cie order 2 teh o ais dan 1 kopi o ais. Faiz order air suam. Sekali adik tu hantar kopi o panas pulak. Ambik jela malas dah nak suruh dia tukar. Bila air teh o ais adik Rania dah habis Cie tukar je masukkan dalam cup ada ais tu. Tak habis jugak kopi dia tak kaw sangat. Teh o ais tu sedap.
Dah kenyang makan terus ke BS Freshmart beli bahan basah untuk stok seminggu. Sayuran dan juga ayam. Beli juga bahan steamboat anak-anak request nak makan. Ahad nanti la buat. Hari ni malas nak masak.





16 Ulasan
Saya pun wajib ada telur masin kalau makan nasi kerabu 😍
BalasPadamWah, nasi kerabu..sedap tu..makan santai depan rumah..memang best
BalasPadamLate line kat tempat saya..tak dapat BW dengan lancar
BalasPadamBesor portion nasi kerabu dia. 😋
BalasPadamEhh.. betullah.. ada telur masin baru lengkap nasi kerabu tu. Tak rasa kering ke makan tanpa sambal kelapa tu Cie. Akak ingat sambal kelapa tu komponen utama NK sebab ada ikan dalam tu.
BalasPadamTelur masin adalah wajib for my nasi kerabu. Sanggup ku turun pergi minta. Tapi tangga tu nampak curam ye.
BalasPadamLama tak makan nasi kerabu. Favourite Cuya tu
BalasPadamWow nasi kerabu... Lama tak makan. Seumur hidup baru 3 kali makan rasanya..
BalasPadamAkk tak pernah jumpa nasi kerabu putih rasanya. Yg pernah makan warna kuning dan of course la biru ni.... Telur masin mmg ngam la dgn nasi kerabu
BalasPadamJarang jumpa nasik kerabu yang birunya terang-benderang macam tu...
BalasPadamSambal kelapa favorite kami dalam nasi kerabu. Telur masin pun sama, mesti ada.
BalasPadamkalo ana pulak mmg wajib nak sambal kelapa mkn nasi kerabu ehehe
BalasPadamamboiiii menyerlah betul warna birunyaaaa...
BalasPadamsy kalau mkn kerabu ni, solok lada or jeruk bawang putih mmg sy tak makan... yg lain2 ok je hehehe
yums! ari sabtu sarapan tu MZ mkn nasi kerabu jugak!
BalasPadamKak SA kalau makan nasi kerabu wajib lauk daging bakar, ada telur masin, solok lada..yang kelapa tu kak SA x amik...
BalasPadamAkak suka nasi kerabu kat area jualan di Uniten. Sebab ramai orang berbaris menunggu nak beli. Memang sedap
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.