Platform Cafe tu terletak berhampiran dengan Stadium Darul Makmur. Rasanya belah belakang kot. Kami sampai je dari jauh Alex dah kenal Faiz. Dia kata jauhnya dari mana. Alex tu orang Lipis. Kampungnya sebelah kampung Faiz. Sekolah rendah sama rasanya jadi memang kenal la. Sekarang dia tak main bola dah.
Bila tengok menunya ok la ada set macam-macam boleh dipilih. Selera Pahang la jugak. Lebih spesifik selera orang Lipis. Cie 4 beranak dan kakak Cie sorang naik dengan kami so makan berlima la.
Set patin ada, set ayam kampung ada, set ayam biasa ada. Cie nak order set keli tapi takde pulak. Tukar jela set ayam je. Kami bungkus jugak 3 bungkus untuk kakak-kakak Cie yang dah balik ke homestay. Plan asalnya semua nak singgah tapi kakak Cie dah tak larat. Geng kaum lelaki mereka dah makan selepas solat Jumaat.
Masakan kat situ sedap la kena dengan selera kami. Harga pun berpatutan. Portion besar jugak. Jenuh nak habiskan lauk tu. Patin dan ayam kampung tu besar. Nasi Cie tak habis bagi kat Faiz je sikit.
Harga makan kami tu dalam RM100 lebih tak ingat berapa lupa nak mintak resit kat Faiz. Tengok gambar jela nama set pun lupa dah yang mana. Ingat-ingat lupa je dah.
Ni Faiz punya set ayam kampung apa entah. Tak sure dia tambah telur dadar ke apa. Tengok menu takde pulak dalam set tu ada sekali telur dadar.
Set patin goreng ni adik Rania
Set ayam sambal hijau Cie punya
Set patin goreng kakak Raisha
Set ayam kampung berlada rasanya kakak Cie punya
Cie sebenarnya baru tau nama kedainya tu Platform Cafe. Tak perasan hari tu signboard. Padahal parking depan kedai dah tak snap jugak gambar kedai. Google baru tau nama kedainya Platform Cafe.

12 Ulasan
Sedap patin goreng. Dulu-dulu rajin goreng kalau ada ikan patin. Sekarang jarang dijual di pasar,
BalasPadamPortion besar ye Cie, kenyang makan
BalasPadamselamat menjamu selera
BalasPadamsedapnya patin goreng tu. tapi portion ayam mcm tak puas makan lah huhu
BalasPadamHarga RM100+ untuk berlima siap bungkus lagi tu kira berbaloi la... Nampak sedap menunya
BalasPadamSambal keh itu rasanya seperti apa kak? Baru dengar nama sambal ini.
BalasPadamKeh = saya (loghat Lipis)
PadamSambal tu biasa je sambal hijau & sambal merah berlado biasa tu je.
Jarang ada org nak goreng patin ni huhu.. tapi boleh try juga ni nampak sedap :D
BalasPadamKami di Pahang ni biasa dah patin goreng. Orang luar je tak reti makan kot.
PadamSet ayam berlado nampak sedap .. set patin pun nampak sedap juga ..tapi CCL tak pernah makan ikan patin ..so kalau ke sini ..mybe akan cuba ayam berlado
BalasPadamterliur la plak hahha
BalasPadamNampak sedap tu. Jarang Cuya nak ke Pahang, kalau dekat bole singgah
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.