16 Februari yang lepas Cie ke Bangi Sentral untuk membeli baju raya. Dah alang-alang waktu pun dah masuk tengahari Cie ajak makan dulu la senang nanti takdela kelaparan nak cari baju mesti lama.
Lepas dapat parking terus la kami ke Mee Tarik Warisan Asli. Satu-satu nya kedai makan yang ada sebaris dengan butik-butik pakaian tu. Adik Rania dah risau halal ke ni ibu, macam cina je ni. Takde orang makan pun. Dia dah risau. Terpampang sijil halal kat pintu tu adik oi.
Cie pun pertama kali nak mencuba mee tarik. Kedai kosong masa kami masuk tu takde orang. Sijil halal terpampang di pintu masuk jadi takdela risau. Pekerjanya cina muslim kot.
Menu dan kertas order dah disediakan di atas meja so boleh terus tulis order sendiri. Bila dah siap tu boleh panggil pekerja. Cie pun dah lupa apa nama menu kami order tu.
Anak-anak share je menu nasi goreng kari ayam. Katanya masih kenyang. Tak sangka pulak portion mee tarik tu banyak betul. Jenuh nak habiskan. Adik Rania rasa jugak mee tarik kami, kakak Raisha taknak rasa.
Bagi Cie sedap la jugak mee tarik ni. Cukup rasa semuanya. Mee tu pun kenyal je. Makan dengan garlic oil tu memang ngam la.
Harga berapa entahla tak tanya Faiz berapa. Tak ingat jugak rasanya takde resit. Kami dah nak siap makan baru la ada 1 family masuk untuk makan di situ.










20 Ulasan
Saya pernah makan sini, tapi tk igt rasanya. Sbb lebih suka makan kat mee tarik yahya depan sikit dri area bangi sentral tu. Situ harga murah siap sekali ngn air
BalasPadamFuhhh 🤤 Mee tarik makan dengan garlic oil memang padu!
BalasPadamkat my area pun ada restoran ni..kdg2 kami singgah jugak mkn2 kat sini :) sedap jer!
BalasPadamTerus terbayang kenyal mee tarik tu, mesti sedap makan panas-panas.. Portion banyak memang puas hati, siap boleh share ramai-ramai!
BalasPadamDh lama x mkn dkt mee tarik.Kids suka.Dulu ada 1 kedai dkt food court giant batu caves. La ni dh tukar ke TF dah xde dh kedai tu.
BalasPadamPenuh menghijau daun sup dalam mangkuk tu Cie.
BalasPadamLama tak makan Mee Tarik Warisan Asli ni. Dulu masa pregnant kan Kakak kot, rajin juga beli mee tariknya
BalasPadamKalau kedai mi tarik mmg stafnya kebanyakan Musim dari mainland. Tengok muka dorang pun tak sama mcm chinese Malaysia ni
BalasPadamMee Tarik kat Bangi Sentral tu memang kurang orangnya. Masa pergi pun ada la 1-2 meja je yg occupied.
BalasPadamMee di Mee Tarik special sebab cara pembuatan mee tuh kan? KSarie pernah makan mee tarik di Rawang dan Klang. Bila makan denga team site KSarie yang semuanya lelaki tuh memang riuh rendah jadinya. Semua makanan jadi sedap😅
BalasPadamKalau makan dekat mee tarik tu..memang kena share Aje..sebab portion banyak..
BalasPadamyg best mee tarik ni portion dia mmg byk... boleh share kalau sejenis yg x mkn byk.. bln ni belum lg mkn mee tarik yg kt sini... selalunya setiap bulan mesti ada mkn kat sana
BalasPadamAlaaaa...terus teringin mee tarik...
BalasPadammi tarik warisan asli ni mmg sedap... tp tu laa heran jg kt tempat lain pun tak ramai customer
BalasPadamMuka menunggu berbuka ..hehehe..selamat berbuka ya
BalasPadambukan berbuka ni. lunch sebelum puasa hari tu. entri saja yang keluar di bulan puasa.
Padamsha belum lagi berbuka di luar, masih setia mengorder makan d rumah haha..sama ka konsepnya?
BalasPadamni bukan berbuka di luar. lunch sebelum puasa dulu. entri saja yang keluar sewaktu puasa.
PadamMi tarik nih pun asal dari kota muslim di China kan. Di sini ada yg jual, dan Chinese muslim juga. Saya sebenernya suka mi tarik, tapi kan Krn chewy, kadang letih mengunyah hahahahha. Apalagi kalau porsi besar 😄
BalasPadamTak pernah try lgi mee tarik
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.