Mulai hari ni jika diizinkan setiap hari ada la posting menu berbuka Cie untuk sepanjang Ramadan. Sama macam tahun lepas jugak. Sejak dah aktif di Facebook dan Instagram, Cie kongsi menu berbuka di blog jela.
Bahan ayam goreng berempah pun senang je. Cie share la resipi Cie kot ada yang nak try buat menu berbuka atau sahur.
Resipi Ayam Goreng Berempah
Bahan-bahan Ayam Goreng Berempah
6-7 ketul Ayam
1 sudu besar Bawang putih blend
1 sudu besar Bawang besar blend
1 inci Halia
2 batang Serai
2 sudu besar tepung jagung
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit serbuk cili
Sedikit rempah kari
Sedikit garam
Minyak masak
Cara Membuat Ayam Goreng Berempah
- Blend serai dan halia bersama sedikit air kemudian tapiskan. Buang air tu.
- Masukkan serai dan halia blend ke dalam mangkuk, bawang putih blend, bawang besar blend, serta semua bahan lain tu kecuali ayam dan minyak masak. Kacau sebati semua bahan tu.
- Bila dah sebati masukkan ayam dan gaul rata. Perapkan sekejap sebelum digoreng.
- Panaskan minyak, gorengkan ayam sehingga masak.
Dah siap senang je nak buat ayam goreng berempah. Lagi lama perap lagi sebati bahan tu. Cie tadi sekejap je sementara Cie solat dan Cie panaskan gulai kambing. Lepas tu baru Cie goreng ayam.
Sayur bendi celur, ulam timun dan sambal belacan. Baru la ngam dengan menu ayam goreng berempah dan gulai kambing tu.
Buah epal hijau je ada dalam fridge tu ok la potong nipis-nipis. Nanti nak makan baru tabur asam boi. Adik Rania la request nak buah. Epal je ada dalam fridge tu. Weekend baru ni tak beli buah.
Takde beza pun menu dinner dengan menu berbuka Cie. Sama je takde extra menu. Biasa Faiz beli kuih muih untuk berbuka, tadi takde pulak. Nak diet agaknya. Hihi. Cie memang nak turunkan 5kg ni jadinya memang kena pulun la.



16 Ulasan
sedapnya menu cie. boleh tiru nanti
BalasPadamAlhamdulillah masakan sedap dari ibu yang penyayang..Selamat menjalani ibadah berpuasa
BalasPadamSedap sokmo menu Cie 👍🏻
BalasPadamSalam Ramadhan Cie! Sedap menu berbuka 1 Ramadhan ni 😄
BalasPadamAlhamdulillah. Menu yang menyelerakan untuk berbuka.
BalasPadamSemoga berjaya turunkan kilo tu...Linda takde target Pape pun
BalasPadamNak turun 5kg tu memang kena konsisten. Kurangkan kuih muih manis masa berbuka, lebihkan sayur & protein macam ni pun okay...Semoga misi 5kg tu berjaya ya Cie! Slow-slow tapi konsisten 💕
BalasPadamMenu yang molek untuk berbuka puasa. Suka tengok yang warna hijau tu
BalasPadamwahhh kalau ada nasi lemak lagi ngam ni ;-)
BalasPadamhomecooked is the bestt
BalasPadamlama tk goreng ayam berempah
BalasPadamPaling sukaaa kalau lihat menu ulam dan sambal belacan. Itu saja pun dah fav saya sangat. 🤩🤩
BalasPadamAyam goreng berempah ni memang forever sedap.
BalasPadamAyam perap semalam.. time nak goreng tu wangian tu semerbak harum di dapur ..
BalasPadamMZ pun hrp2 dpt lose weight niiii
BalasPadamSedap ni
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.