Sambil-sambil buat stok sambal hitam. Senang kalau nak makan sahur dengan roti. Ada lebih roti buat puding caramel.
3 lebih settle semua tu, mandi dan berehat sekejap sementara tunggu Asar. Lepas Asar baru start masuk kitchen untuk masak menu berbuka 3 Ramadan 1447H.
Untuk menu hari ni Cie masak kari ikan tanpa santan, ayam goreng kunyit dan bayam goreng. Kena ada menu ayam juga kalau menu ikan sebabnya adik Rania tak makan ikan sangat. Select budak tu. Kakak Raisha bedal je semua.
Ikan tu Cie lupa nama apa. Ada pekerja BS tu cakap hari tu. Ikan kerapu kot tak ingat. Cie buat kari tak letak santan. Malas nak masak bersantan. Letak herba campur dan juga belimbing buluh. Entahla apa rasa tu harapnya sedap.
Ayam goreng kunyit tu buat style kedai makan siam. Ada kacang panjang, bunga kobis, carrot, bawang holland dan cili besar. Ayam tu potong kecil-kecil dan gaul dengan tepung jagung sikit, garam dan serbuk kunyit. Goreng la sampai garing dan masukkan sayur tu. Bila dah masak toskan minyak.
Tu jela menu hari ni. Buah pun ada epal merah dan limau. Nanti nak makan baru letak asamboi. Nak berbuka nanti baru potong puding caramel. Entri yang lain la Cie share kejadian puding caramel yang terskip step tapis adunan dan tersalah sukat susu cair. Hahahah
Adik Rania la tukang play video kat handphone dia. Susu cair tu patut 2 cawan tapinya Cie terguna cawan yang 1/2 tu Cie letak 2 kali sebab nampak dalam video KA tu dia sukat 2 kali. Silap faham. Kiranya secawan la susu cair tu. Entahla menjadi ke tak.
Tu yang tak berkenan tengok resipi video ni. Nak menyalin tu malas. Cie lebih suka resipi bertulis senang nak sukat bahan. Step tu ok la tengok video. Kalau menjadi nanti Cie share entri lain.




16 Ulasan
Sama ngan akak kul 2pm h start buat popia Crab Rangoon..dalam kul 5pm td start masak lauk utama...
BalasPadamSedapnya
BalasPadamSeronok baca menu berbuka Cie hari ni 😍Puding caramel resipi Khairul Aming memang tengah viral sekarang...
BalasPadamWah....menu puding viral yer...
BalasPadamSemalam kat Bazar @ Kedah,Aqil beli puding tu sepotong coet jer RM8...Nak kena masak sendiri ke caner?🤭
Selamat berbuka puasa
BalasPadamSimple yg mengenyangkan =)
BalasPadamKita ada poster menarik.. nanti kita share... Hihihi...
BalasPadamsaya pun nak buat puding caramel KA tu. hahahaa!!
BalasPadamRamai juga yang terjebak dengan video kelas memasak KA tu.. :D
BalasPadamSaya ada lihat jugaaa video KA yg puding caramel. Pengen buat, tp blm ada mood hahahahha. Sukaaa sangat puding karamel ini.
BalasPadamSamaaa kita kak, sayapun LBH suka resep tertulis drpd video. Terkadang jadi lupa ukuran bahan yg dipakai
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamRata-rata tgh share resepi KA puding karamel ni.. ada yg jdi ..ada yg xjdi ..ada yg jdi puding karamel terbelah dua ..
BalasPadamKurang secawanlah kan susu cair tu.. harap tetap menjadi juga lah.
BalasPadamAdik saya baru buat puding karamel ni. Tiru resipi KA, alhamdulillah menjadii
BalasPadamrajinnya cie masak2 ikut resepi KA! MZ suka tgk ajer hahaah lom try lagi mana2 pun...rasa mcm nak buat ayam sos plum tu tp sos tu sold out kat semua tempat la
BalasPadamSkrg dh ad apps yg tulis kn menu KA tu tpi lupa nama dia
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.