Basuh jugak segala kain lap, glove untuk round pertama dalam washing machine. Round kedua basuh alas kaki dan segala jenis kain buruk. Kena asingkan basuh. Tak boleh campur. Last sekali buat tub cleaning.
Sebelum Asar rebus dulu ayam. Selepas Asar baru mula memasak nasi ayam penyet untuk menu berbuka hari ni. Buat sup jugak. Ulaman salad, timun dan kacang panjang. Bahan lain tempe dan juga tauhu. Lengkap la menu nasi ayam penyet.
Buah epal hijau, epal merah dan limau. Nanti nak makan baru la tabur asam boi. Kena ada buah bagi cukup segala zat vitamin dalam badan.
Cie buat sos kastard jugak tadi. Puding karamel semalam tu ada lagi sikit. Kisahnya karamel tu pahit. Cie terlambat tengok adik Rania buat masa tu. Tak sangka pulak akan jadi pahit. Puding tu jadi je walaupun terkurang 1 cawan susu cair. Jadi macam puding roti. Tu yang Cie buat sos kastard je.
Ni gambar semalam. Nampak gelap sikit gula tu rupanya pahit.
Balance yang tinggal sikit ni Cie buat la sos kastard pulak boleh makan dengan puding tu. Hilang la rasa pahit tu.
Elak dari membazir kan. Kena buat la inovasi. Makan gitu saja jadi rasa pahit gula tu walaupun dah buang. Jadi kena la makan dengan sos. Malam tadi makan dengan susu cair. Takdela rasa pahit tu.
Cie tak pernah buat puding karamel. Kalau anak-anak nak makan beli je ataupun mintak Kak Long buat. Bukan kepakaran Cie buat puding karamel ni. Lagi-lagi tersilap tengok video tu yang salah bahan. Haaha. Takpela tak membazir pun boleh je makan.
Faiz beli roti john jugak. Masa Cie masak tadi dia keluar. Malas nak ambil gambar. Tadi ada dia bawak balik makanan lain jugak. Entahla apa maybe dia singgah rumah kakak dia ada la tu kiriman. Waktu Cie tulis entri ni Faiz kat dapur cuci pinggan mangkuk. Malas Cie nak ke dapur menanya. Dah terlewat post entri nak ready berbuka dah ni.




11 Ulasan
Sedapnya
BalasPadamYeayyy ..kreatif .. CCL pun dalam minggu ni laa nak try puding karamel KA .. tapi rasa-rasa tu mesti mcm puding karamel Family Mart tu kan
BalasPadambila caramel tu jd pahit mmg xbest..nasibaik ada sos custard tu okla
BalasPadamDessert pudding caramel kita sama la =)
BalasPadamLemahnya nampak menu favourite saya, nasi ayam penyet! Tapi kami kalau berbuka, jarang makan nasi huhu
BalasPadamSedapnya puding karamel makan waktu berbuka. Ada manis-manis sikit.
BalasPadamMZ last 2 days ada beli roti john jugak..kat jiran depan rumah ajer..dia buat bisnes roti john
BalasPadamAda lagi bahan tu dekat rumah Tronoh..weekend ni boleh buat la..kalau abang Mu'az ,dia ngadap sorang pun bole habis banyak.. hahaha
BalasPadamPuding karamel juga favorit suami saya. Pernah sekali terbuat pahit caramelnya sebab ditinggal hahahahha. Memang harus hati2 sangat jika buat kue ini. Saya teringin buat, tp tuhlaah, tunggu mood 🤣. Skr nih lebih niat buat bread pudding yg lebih simple dan cepat.
BalasPadamoo tekstur dia jadi macam puding roti.
BalasPadamTeringin nak buat tapi sebab pemakan tak ramai, tu yang tangguh dulu. Ingat nak try tapi masa nak buka rumah mak nanti.
Puding karamel menu KA ni
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.