Menu Sahur 6 Ramadan 1447H

Sahur 6 Ramadan ni ada tambahan nasi goreng. Leftover nasi berbuka. Taktau kakak Raisha masak berapa cawan. Katanya 1 setengah je. Sebab babahnya berbuka di surau. 



Biasa masak 2 cawan habis je 4 orang makan. 3 orang makan masak 1 setengah cawan tak habis. Adik Rania makan pun tak bertambah. Tu yang ada lebih kot. Banyak minum air je. Hari pertama sekolah di bulan puasa, cuaca panas pulak tu.

Siap berbuka tengok ada lebihan nasi terus plan masak nasi goreng jela untuk sahur. Panaskan minyak dan butter je lepas tu tumis bawang putih dan bawang besar blend. Masukkan nasi je. Siap.

Tak habis 2 beradik tu makan walaupun sikit je pun nasi tu. Duk terkuis-kuis je nak habiskan. Akhirnya babah la tukang habiskan. Ibu memang tak makan nasi sahur. Tu la sebabnya rumah ni takde menu nasi memang anak-anak tak selera makan awal pagi. 

Bila dah habis makan tu baru teringat la lupa letak garam. Hahahah. Adik Rania cakap ok je takdela tawar. Maybe sebab tumis guna butter dan minyak lebihan goreng ayam. Masak awal pagi gitu la nak cepat pun ye sampai terlupa.

Air sahur sama je macam semalam. Cuma Cie tu bancuh ESP Coklat hari ni. Cie ada 3 flavour protein shake Shaklee boleh la bergilir setiap hari takdela jemu. Ada ESP Coklat, ESP Strawberrry dan Cinch Coklat.

Performance Drink ada 2 flavour orange dan lemon lime. Cie sempat grab orange je 2 canister. Lemon lime awal-awal dah sold out. Tahun sebelum ni memang standby 2 flavour boleh gilir-gilir. Tahun ni satu jela. Cie campur dengan Cinch Tea.

Lupa menjawab ada yang tanya Cinch Tea tu rasa apa. Rasa teh kosong je tapi tak pahit langsung. Dalam tu ada green tea matcha dan beberapa jenis tea lagi. 

Selesai bersahur 6 Ramadan boleh la mengarang entri ni sementara menunggu waktu subuh. 


Catat Ulasan

15 Ulasan

  1. Bestnya tak makan nasi waktu sahur... Sy pun prefer makan kurma dan air ja waktu sahur.. Cuma lau ada husband kdg masak2 juga nasi.. Selamat berpuasa..

    BalasPadam
  2. so far kami belum lg bersahur dgn nasi goreng, sy 2x dah masak time sahur, kalau tahun lepas hampir setiap hari nasi goreng, tukar² variasi nasi goreng

    BalasPadam
  3. Jimat laa..sahur tak perlu fikir menu apa nak dimasak .hehe ..nasi goreng simple pun onzzz

    BalasPadam
  4. Selama hidup tak pernah skip sahur nasi. Memang begitu sejak kecil. Kalau tak makan rasa lain perut.

    BalasPadam
  5. Akak makan sesenduk je...x lalu...lebih banyak minum air...

    BalasPadam
  6. Nasi goreng simple pun ok waktu sahur. Tambah protein shake memang kenyang la satu hari ya.

    BalasPadam
  7. Akk kalau nasi goreng laju (selera) makan time sahur... Tapi selalunya ada lauk lebih berbuka, makan juga la nasi putih

    BalasPadam
  8. Masa kecik2 Aruah mak masak nasi panas-panas untuk sahur layan dengan masak air kentang dengan kimchi dan sambal udang kering di perahkan limau dan berulam timun. Telur masin buat sendiri setiap pagi mesti rebus 2 biji untuk sahur. Kenangan sungguh walaupun simple itu lah kenangan kami waktu Ramadan.

    BalasPadam
  9. biasa laa tu pagi2 kena masak & lupa letak garam ;-)

    BalasPadam
  10. Simple kenyang..gembira sekali bila berbuka..

    BalasPadam
  11. selamat berpuasa, tahun ni puasa bersama anak2 sha makan nya cuma telur dadar ja haha

    BalasPadam
  12. Memang lah, awal sahur uh tak ada selera nak makan. Saya pun saat masih kuliah dan sebelum nikah, kalau sahur cukup air. Nak makan tuh macam tak lapar dan memilih lanjut tidur sampai subuh. 😅

    BalasPadam
  13. Saya kalau sahur makan nasi, ambil setengah senduk je. Kurma kena 2 biji

    BalasPadam
  14. memang pakat2 tak lalu nak mkn time sahur sbb bkn waktu mkn kannn (utk bln2 selain ramadan ie sepanjang tahun)

    BalasPadam
  15. Bagus ada menu tukar2 air. Takdelah jemu

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.