Moreh Selepas Tarawih Hari Ketiga

Ternampak ada orang post menu colek untuk moreh kat kedai di Desa Perwira. Cie pun tunjuk kat 2 beradik tu ajak moreh lepas tarawih. Anak-anak pun onz jela. Petang tadi anak-anak bagitau babah nak moreh malam ni. 

Lepas solat tarawih terus la ke Desa Perwira. Apa entah nama kedai tu. Masa kami sampai tadi ramai jugak orang. Takde apa sangat pun. Sosej, cucur, yang cucuk-cucuk perisa crab tu. Tu jela. 

Lepas tu dia letak la keropok, salad, timun. Curah sos atas tu. Air pulak order teh o ais 2, air suam 1. Total semua sekali RM21. 


Tak sedap sangat yang cucuk-cucuk tu. Tapi sebab dah sampai kan buat rasa-rasa jela. Nak repeat lagi memang tak. 


Tahun lepas pergi kedai lain banyak pilihan coleknya tu. Sos pun sedap. Tadi Faiz ingat nak ke situ. Tapi kami ajak pergi cuba tempat baru tu la. Sayang sekali tak memenuhi selera.

Masa kami duk makan tadi pun semakin ramai orang datang. Taktau la makan apa tu. Tadi tinggal sosej je. Tempat tu best untuk lepak cuma banyak nyamuk jela.


Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. Moreh semalam CCL makan kuih-kuih jer yang beli dekat bazar

    BalasPadam
  2. Banyak nyamuk tu memang spoil mood sikit. Apa pun at least dapat luang masa moreh sama-sama lepas tarawih, tu yang paling penting 🤍

    BalasPadam
  3. Aiiiih sayang banyak nyamuk. Memang spoiled sikit kalau aneka satenya kurang sedap. Apalagi pakai jenis yg sosis curah. Saya pun kurang suka yg begitu

    BalasPadam
  4. Tempat akak kalau nak moreh kena gi kedai mamak.. takpun zus, bingxue, mixue, family mart atau 7e. Belum.jumpa jual colek² camtu. Mungkin ada tapi tak explore.

    BalasPadam
  5. Tula tak best kan bila nak try kedai baru, nk support. End up rasa tak sedap pulakk. Bye bye jelah citernya

    BalasPadam
  6. MZ lom sempat moreh lg setakat ni sbb mlm2 terasa sgt mengantuk la lps terawih tu

    BalasPadam
  7. Cuya tkde moreh2 pon
    Selalu minum2 je.
    Sesekali moreh best gk kn

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.