Sarapan Pagi 17 Februari 2026

Dah petang ni baru nak cerita kisah sarapan pagi tadi. Mulanya malas dah tapi sebab dah ambil gambar kita share jela ek walaupun pageview hari cuti ni merudum sikit memasing busy bercuti. Cie pun busy jugak marathon banyak entri nak ditaip ni. Jadi slowly kita marathon blogwalking.

Pagi tadi keluar rumah lambat sikit. Pagi-pagi hujan tu yang malasnya nak keluar, mata pun mengantuk je bila sejuk-sejuk kan. Keluar rumah dah 9 lebih. Plan nak makan di Kopi Stesen. Ramai sangat orang sampai kat luar kedai penuh. Jadinya tukar la tempat lain.

Faiz ajak makan di Restoran Kuah jela senang nanti terus beli barang dapur kat BE Freshmart depan tu je. Sampai kat Restoran Kuah takde orang pun cuma 1-2 meja je ada customer.

Kami pun order maggi goreng 2 untuk adik Rania dan kakak Raisha. Cie order capati la macam biasa. Order 2 roti canai untuk Faiz dan adik Rania. Adik Rania makan 2 jenis ye. Lepas tu Faiz order jugak roti tisu. Share la kami 4 beranak.






Kemain meriah menu sarapan kami pagi tadi. Last la makan menu sarapan di Restoran Kuah sebelum puasa. Nanti sebulan puasa takde sarapan di kedai dah. 

Lepas siap makan sarapan terus ke BS jalan kaki je menyeberang jalan. Hujan pulak masa tu. Redah jela malas nak naik kereta. Faiz sorang je naik kereta ubah parking ke depan BS. 


Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. Sama sarapan kita hari ini... sini pun hujan sepanjang hari....

    BalasPadam
  2. semalam kita dah makan roti canai, ari nikita buat jemput-jemput je sebab nak mengemas seharian

    BalasPadam
  3. Hujan sepanjang hari ni membuatkan saya malas nak ke mana2 :)

    BalasPadam
  4. roti tisu tinggi2 tu, sampai sekarang saya tk pernah makan lagi.
    harini hujan sepanjang hari, memang tak kemana punn

    BalasPadam
  5. hehe hujan pagi tu memang auto jadi mood malas keluar rumah 😂

    BalasPadam
  6. Tinggi roti tisu. Sama, kat tempat saya pun hujan sepanjang hari. Tak keluar sarapan. Panaskan nasi dan lauk semalam saja.

    BalasPadam
  7. Rindunya makan roti tissue 😍😍😄. Yg paling sering saya pesan dulu saat mengerjakan assignment dari kampus. Biasa beli di nasi kandar pelita yg Deket USM 😄

    BalasPadam
  8. Itulah hari ni last day sebelum ramadhan ingat nak ajak family makan luar..

    BalasPadam
  9. Capati panas-panas cicah kuah dal memang menu sarapan yang mengenyangkan. Kalau CCL 2 keping pun dah cukup ..kalau 3, keping capati memang betul² kenyang dibuatnya

    BalasPadam
  10. megi goreng tu fav menu utk my razeen (dan MZ jugak!)

    BalasPadam
  11. Rindu pulak nak makan chapati

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.