Pagi tadi keluar rumah lambat sikit. Pagi-pagi hujan tu yang malasnya nak keluar, mata pun mengantuk je bila sejuk-sejuk kan. Keluar rumah dah 9 lebih. Plan nak makan di Kopi Stesen. Ramai sangat orang sampai kat luar kedai penuh. Jadinya tukar la tempat lain.
Faiz ajak makan di Restoran Kuah jela senang nanti terus beli barang dapur kat BE Freshmart depan tu je. Sampai kat Restoran Kuah takde orang pun cuma 1-2 meja je ada customer.
Kami pun order maggi goreng 2 untuk adik Rania dan kakak Raisha. Cie order capati la macam biasa. Order 2 roti canai untuk Faiz dan adik Rania. Adik Rania makan 2 jenis ye. Lepas tu Faiz order jugak roti tisu. Share la kami 4 beranak.
Kemain meriah menu sarapan kami pagi tadi. Last la makan menu sarapan di Restoran Kuah sebelum puasa. Nanti sebulan puasa takde sarapan di kedai dah.
Lepas siap makan sarapan terus ke BS jalan kaki je menyeberang jalan. Hujan pulak masa tu. Redah jela malas nak naik kereta. Faiz sorang je naik kereta ubah parking ke depan BS.

11 Ulasan
Sama sarapan kita hari ini... sini pun hujan sepanjang hari....
BalasPadamsemalam kita dah makan roti canai, ari nikita buat jemput-jemput je sebab nak mengemas seharian
BalasPadamHujan sepanjang hari ni membuatkan saya malas nak ke mana2 :)
BalasPadamroti tisu tinggi2 tu, sampai sekarang saya tk pernah makan lagi.
BalasPadamharini hujan sepanjang hari, memang tak kemana punn
hehe hujan pagi tu memang auto jadi mood malas keluar rumah 😂
BalasPadamTinggi roti tisu. Sama, kat tempat saya pun hujan sepanjang hari. Tak keluar sarapan. Panaskan nasi dan lauk semalam saja.
BalasPadamRindunya makan roti tissue 😍😍😄. Yg paling sering saya pesan dulu saat mengerjakan assignment dari kampus. Biasa beli di nasi kandar pelita yg Deket USM 😄
BalasPadamItulah hari ni last day sebelum ramadhan ingat nak ajak family makan luar..
BalasPadamCapati panas-panas cicah kuah dal memang menu sarapan yang mengenyangkan. Kalau CCL 2 keping pun dah cukup ..kalau 3, keping capati memang betul² kenyang dibuatnya
BalasPadammegi goreng tu fav menu utk my razeen (dan MZ jugak!)
BalasPadamRindu pulak nak makan chapati
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.