Sarapan Pagi Di Kopi Stesen Sebelum Masuk Ramadan

Semalam datang Kopi Stesen full house sampai kat luar penuh. Kita malas nak menunggu. Cakap dah kat anak-anak kita datang sarapan hari ni la sebelum puasa esok kan nanti sebulan tak sarapan di kedai.


Kami keluar tadi lewat jugak dah 9 lebih. Memang dalam kedai dah full. Mujur rezeki kami meja luar ada 1 yang dah takde orang. Meja pun belum kemas masa kami sampai. Duduk jela asalkan dapat makan kat situ.

Kena menunggu juga pelayan datang kutip pinggan cawan kotor, lap meja dan baru la dia ambil order. Kita faham je bukan nak rushing ke mana pun. Tunggu jela walaupun lambat. 

Kami order 2 nasi lemak ayam, bubur nasi, 2 set roti bakar, 2 teh o ais, kopi o ais dan kopi. Paling lambat sampai tadi roti bakar. Semua dah siap makan. Faiz tanya kat pelayan tu baru la dia buat. Dah terlupa agaknya. 







Terlalu ramai orang service memang jadi lambat la. Kedai ala kopitiam ni ada 1 je kat Lipis ni. Tu yang jadi tumpuan ramai. Lagi-lagi hari cuti ramai orang balik kampung dan bersarapan di luar. 

Cie suka kopi kedai dia tu lain dari rasa kopi kedai lain. Roti bakar pun sedap. Ni jela menu yang Cie selalu order kalau ke situ. 


Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. Akk pun sarapan di luar tadi... Tumpang husband cuti hari ni, bereskan apa yg patut. Esok nak puasa dah

    BalasPadam
  2. Kopi dalam cawan lama macam tu, mesti sedap, minum panas-panas.
    Hari ni semua orang makan di luar la, penuh habis semua tempat. 😁

    BalasPadam
  3. Mulai esok...selama sebulan tak boleh sarapan kat kedai

    BalasPadam
  4. Aduuuuuh makanannya menggoda sangat ❤️❤️. Bisa jadi juga Krn lagi puasa melihatnya hahahahha.

    Sayapun sukaaa makan di Kopitiam kak. Apalagi kopi di sana biasa lebih pekat. Makan dengan roti bakar, memang cocok lah.

    BalasPadam
  5. Fuhhh kopi panas dengan roti bakar memang vibe pagi paling win ..
    Kopi nampak kaw tu sekali hirup terus rasa segar mata kann..Lagi-lagi kalau roti bakar rangup luar, sapu mentega cair sikit… memang tak pandang kiri kanan dah.

    BalasPadam
  6. Sempat mengabadikan kenangan kan..so sebulan tak ke sini..puasa sebulan..

    BalasPadam
  7. Takpe bulan puasa sesekali boleh iftar di luar. Cuma leceh la bab solat tu

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.