Pagi tadi buat kek batik coklat ganache. Nanti Cie share kat entri lain. Lepas buat tu tidur kejap. Bangun tidur mengadap hp. Berbaring jela takde apa nak buat. Lepas Zohor sambung baring lagi sambil tengok Nona pukul 2. Tak sedar terlelap pukul berapa. Sedar-sedar lagi 5 minit pukul 3.
Dah hampir-hampir malas masak tapi sebab takde idea nak makan apa berbuka. Masak jugak la. Cie masak ayam 3 budak gemok. Entahla kenapa nama dia gitu kan. Resipi google je tapi ada la skip bahan tu.
Masak ayam tu kena makan dengan telur dadar dan sambal gesek. Sebab semalam dah menu telur dadar, Cie tukar kepada telur masin dan ikan masin jela. Sambal gesek tu pun Cie tambah ikan bilis.
Ulam timun, ada juga salad adik Rania lunch makan laksa tapi tak makan salad. Simpan jela boleh makan berbuka kang.
Buah pulak Cie potong buah naga. Buah mata kucing dan kundang beli semalam dah selesai. Takdela nak makan dah hari ni. Buah tembikai ada sikit lagi Cie blend buat jus tembikai.
Ni jela menu hari terakhir Cie berpuasa hari ni. Bila dah selesai lega la. Esok dah raya. Alhamdulillah. Makan menu raya jabatan jela hari Selasa nanti.
Rezeki last puasa jiran bagi lemang dan rendang. Dia buat sendiri bakar dalam tong drum katanya untuk geng memanah suami dia. Elok kejadian.



17 Ulasan
allhamdulillah... simple and sedap
BalasPadamWah…Tahniah Cie dah selesai puasa 6, bermakna selesai juga puasa ganti 6 hari.
BalasPadamWalaupun puasa tetap rajin buat kek batik.
Ayam 3 budak gemuk takpe... jangan kita jadi gemuk! huhuhuhu
BalasPadamYa hari ini panas. Fikir berkali-kali hendak masuk dapur ke tidak.
BalasPadamAlhamdulillah Cie sudah selesai.
Boleh ke gambuang puasa ganti dan puasa enam tu Cie? saya baru tahu..tapi saya full puasa sebab kan saya lelaki hehehe..gurau2 ya..tapi serius nak tanay puasa ganti boleh kah gabung puasa 6 tu..
BalasPadamboleh
PadamAlhamdulillah, dah raya dah dia... tahniah cie
BalasPadamlemang tu nampak comel dan sedap sungguh!
BalasPadamBestnya dapat lemang homemade...
BalasPadamTahniah Cie habis dah puasa 6
Baru nk ckp mcm ayam masak kicap =D
BalasPadamAlhamdulilah dah selesai puasa ya Cie. Kami baru hari keempat ni. Insya Allah.
BalasPadamSemalam memang panas kan, akak dok dalam rumah je petang baru keluar.
BalasPadamAlhamdulillah, selesai dah Cie.
Insyaallah habis puasa 13 hari, Khamis ni akak nak beli lemang dan rendang.. teringin pula.
Alhamdulillah...dah selesai puasa 6 dan ganti...seronoknya.. tahun ni linda tak mula lagi..ya Allah, lemau nya rasa
BalasPadamYeay...dah rayaaaa.....raya raya raya...selamat hari raya...
BalasPadamBagusnya dah selesai puasa Syawal kakak yaaa. Semoga saya pun bisa .
BalasPadamBaguuus bentuk lemangnya. Makan dengan rendang memang best lah 😍😍
Alhamdulillah. Ayam 3 budak gemuk sbb yang memula dpt idea ni utk jualan memang 3 beradik yang “sihat”
BalasPadamDah selesai saya puasa 6 syawal..kawan sebelah tak tahulah bila nak mula..ada 10 hari syawal lagi kan..ada ajak..tak apa pasti dilakukan juga.
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.