Menu Berbuka Puasa Ganti Dan Puasa Enam Hari Keenam

Sedar tak sedar dah hari terakhir Cie puasa ganti dan puasa 6. Alhamdulillah. Hari ni rasa habis energy dah walaupun seharian asyik baring je. Cuaca panas sangat hari ni duk dalam rumah je memang takde keluar.

Pagi tadi buat kek batik coklat ganache. Nanti Cie share kat entri lain. Lepas buat tu tidur kejap. Bangun tidur mengadap hp. Berbaring jela takde apa nak buat. Lepas Zohor sambung baring lagi sambil tengok Nona pukul 2. Tak sedar terlelap pukul berapa. Sedar-sedar lagi 5 minit pukul 3. 

Dah hampir-hampir malas masak tapi sebab takde idea nak makan apa berbuka. Masak jugak la. Cie masak ayam 3 budak gemok. Entahla kenapa nama dia gitu kan. Resipi google je tapi ada la skip bahan tu. 


Masak ayam tu kena makan dengan telur dadar dan sambal gesek. Sebab semalam dah menu telur dadar, Cie tukar kepada telur masin dan ikan masin jela. Sambal gesek tu pun Cie tambah ikan bilis.

Ulam timun, ada juga salad adik Rania lunch makan laksa tapi tak makan salad. Simpan jela boleh makan berbuka kang. 

Buah pulak Cie potong buah naga. Buah mata kucing dan kundang beli semalam dah selesai. Takdela nak makan dah hari ni. Buah tembikai ada sikit lagi Cie blend buat jus tembikai

Ni jela menu hari terakhir Cie berpuasa hari ni. Bila dah selesai lega la. Esok dah raya. Alhamdulillah. Makan menu raya jabatan jela hari Selasa nanti.

Rezeki last puasa jiran bagi lemang dan rendang. Dia buat sendiri bakar dalam tong drum katanya untuk geng memanah suami dia. Elok kejadian. 





Catat Ulasan

17 Ulasan

  1. allhamdulillah... simple and sedap

    BalasPadam
  2. Wah…Tahniah Cie dah selesai puasa 6, bermakna selesai juga puasa ganti 6 hari.
    Walaupun puasa tetap rajin buat kek batik.

    BalasPadam
  3. Ayam 3 budak gemuk takpe... jangan kita jadi gemuk! huhuhuhu

    BalasPadam
  4. Ya hari ini panas. Fikir berkali-kali hendak masuk dapur ke tidak.
    Alhamdulillah Cie sudah selesai.

    BalasPadam
  5. Boleh ke gambuang puasa ganti dan puasa enam tu Cie? saya baru tahu..tapi saya full puasa sebab kan saya lelaki hehehe..gurau2 ya..tapi serius nak tanay puasa ganti boleh kah gabung puasa 6 tu..

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah, dah raya dah dia... tahniah cie

    BalasPadam
  7. lemang tu nampak comel dan sedap sungguh!

    BalasPadam
  8. Bestnya dapat lemang homemade...
    Tahniah Cie habis dah puasa 6

    BalasPadam
  9. Baru nk ckp mcm ayam masak kicap =D

    BalasPadam
  10. Alhamdulilah dah selesai puasa ya Cie. Kami baru hari keempat ni. Insya Allah.

    BalasPadam
  11. Semalam memang panas kan, akak dok dalam rumah je petang baru keluar.
    Alhamdulillah, selesai dah Cie.
    Insyaallah habis puasa 13 hari, Khamis ni akak nak beli lemang dan rendang.. teringin pula.

    BalasPadam
  12. Alhamdulillah...dah selesai puasa 6 dan ganti...seronoknya.. tahun ni linda tak mula lagi..ya Allah, lemau nya rasa

    BalasPadam
  13. Yeay...dah rayaaaa.....raya raya raya...selamat hari raya...

    BalasPadam
  14. Bagusnya dah selesai puasa Syawal kakak yaaa. Semoga saya pun bisa .

    Baguuus bentuk lemangnya. Makan dengan rendang memang best lah 😍😍

    BalasPadam
  15. Alhamdulillah. Ayam 3 budak gemuk sbb yang memula dpt idea ni utk jualan memang 3 beradik yang “sihat”

    BalasPadam
  16. Dah selesai saya puasa 6 syawal..kawan sebelah tak tahulah bila nak mula..ada 10 hari syawal lagi kan..ada ajak..tak apa pasti dilakukan juga.

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.