Menu Dinner 7 April 2026

Serius hari ni memang takde idea nak masak apa. Jenuh fikir apa la nak masak untuk menu dinner ni. Tanya kakak Raisha jawapannya ayam masak kicap. Muka pun dah macam kicap dah. Haahah.

Masuk je kitchen hentam jela masak apa yang patut. Rempah ayam madu Adabi hari tu ada lagi. Gaul je dengan ayam lepas tu masuk air fryer. Settle. 


Masa masuk ayam dalam air fryer sempat la update story jamuan raya tadi kat IG story dan link terus ke whatsapp story. Dari IG ke FB story memang auto post jugak senang. Story jela Cie update kat social media. Posting dah malas tak macam dulu-dulu.

Cie buat telur mata kicap. Ayam tu kering tak berkuah. Anak-anak suka makan berkuah. Buat jela 2 biji telur mata kicap.

Sayur pulak ada kobis panjang dan cendawan shitake. Goreng jela sayur tu. Cie dan Faiz je makan sayur ni. Anak-anak memilih sayur tak semua makan.

Untuk cicah ayam tu Cie buat sos thai. Senang je bahannya tu. Bawang putih, cili besar merah, cili padi, akar ketumbar, sos ikan, gula, garam, jus limau. Blend kasar. Lepas tu gaul dengan sos thai dan sedikit air. Gaul dengan daun ketumbar dah siap.

Buah anggur jela malas nak potong jambu batu ada je dalam fridge tu. Memang malas betul hari ni. Tapi masak jugak la walaupun malas. 


Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. Panas sgtkan cuaca. Husband ammi pun tak masak sebab katanya kat dapur tu mcm sauna panasnya dipetang hari. Jadi kita makan luar jelah lepas ammi balik keje

    BalasPadam
  2. Simple dan sedap semuanya..cendawan shiitake tu fav akak tu...

    BalasPadam
  3. Macam tu la mak2 kan. Walaupun malas nak masuk dapur tapi kena la jugak gagahkan diri memasak sbb fikir anak2 dan suami nak makan hihi. Eh, tak terfikir nak masak sayur kobis dgn cendawan shiitake sblm ni. Boleh la buat jugak ni, letak sos tiram mesti sedap kan.

    BalasPadam
  4. Telur masak kicap le peberet

    BalasPadam
  5. Aduhai,tgk sos thai tu terigt vietnamese roll =D

    BalasPadam
  6. Akk pun dah kering idea Cie... Lauk lain tu okay lagi tapi nak masak menu ayam yg buntu. Tak masak kesian pulak dekat Adik, sbb dia suka lauk ayam. Lauk ikan ke seafood tu sekadar tambahan je bagi dia

    BalasPadam
  7. Ada idea saya utk buat lauk buka puasa 😄. Saya masih puasa Syawal. Penyakit saya kan kalau puasa, malas masak 😂😂. Sebab tak bisa mencoba kan. Dah lah saya tak expert bab cooking. Masak tanpa dirasa bumbunya, confirm tak sedap lah 😅😅.

    BalasPadam
  8. Malas-malas pun, banyak juga dibuat tu..
    Tapi tu lah, kadang memang kering idea nak memasak kan..

    BalasPadam
  9. Kena rajin juga kan ready bahan mentah, stok tetap ada itu yang seronok nak masak..tahniah..istiqomah tu..

    BalasPadam
  10. Rempah ayam madu tu tak beli lagi.. ke akak tak jumpa huhu

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.