Trade In Sofa Sebelum Raya

Raya tahun ni beraya dengan sofa baru. Sofa yang lama tu trade in kat kedai pakistan yang kami selalu beli perabot tu. Suka beli kat situ selalu dapat diskaun dan free gift.


Sofa warna biru yang lama tu Cie beli tahun 2023 kalau tak silap. Kakinya jenis kayu. Cantik la di mata Cie. Masuk tahun kedua masa Cie buat makan-makan raya, staf Cie 3 orang duduk yang kat bahagian 3 seater tu. Prapppp terkepak ye kaki sofa tu. Bila tengok bawah tu sebab dia punya plat ke apa entah yang menampung kayu tu plastik je. Memang tak tahan la.


Yang 3 seater tu dah tukar kaki


Faiz bagitau semula kat kedai pakistan yang kami beli tu. Owner tu bagi kaki yang baru jenis besi. Faiz pasang sendiri la. Tak sama la ketinggian dengan yang 2 seater dan 1 seater tu. Buruk la jugak tapi pejam mata jela. Lama-lama yang 3 seater tu jadi macam makin ke bawah tempat duduk tu. Macam span dalam tu dah rosak. Tak best la nak duduk. Dah tak empuk.

Masa puasa hari tu Cie saja cakap kat Faiz cuba tanya kedai pakistan tu mereka ambil tak trade in. Owner cakap ambil. Cie pun apa lagi mula la nak trade in je sofa tu. Dah tak selesa nak duduk. Kami pun tengok la kat kedai tu ada beberapa design. Semua besar-besar tak sesuai la rumah kecik je. Dia tunjuk la ada 1 design tu takde kat kedai tapi ada kat kilang so kalau nak dia terus order dan akan sampai sebelum raya.

Kami pun on jela cakap nak warna grey atau dark grey sesuai la dengan warna dinding dan langsir kami. Seminggu lepas tu kami ke kedai tu semula untuk confirm kan warna. Owner tu cakap ok. Lepas kami balik rumah je dia whatsapp kat Faiz katanya dah ada kat stor, dia takde masa sofa tu sampai. Dia tunjuk gambar tapi bukan warna grey. Cie fikir macam lighting kot. Nampak coklat. 

Cie pun suruh la Faiz tengok sendiri kat kedai. Cie cakap tengok la kalau ok proceed jela. Yang jenis kami nak ni jenis rebond so tempat duduk tu takkan mendap la lama-lama nanti. Faiz cakap ok je boleh jela proceed katanya. Petang tu jugak owner tu hantar. Cie tengah masak menu berbuka masa tu. Sekali sampai memang betul coklat. Nak buat apa dah sampai kan.

Pujuk jela hati takpela ngam jugak walaupun dinding dan langsir grey. Kebetulan meja lama tu coklat dan Cie pun ada karpet coklat so boleh jela. Cie cuma beli table runner lain je dan beli bantal di Mr DIY je. Sofa baru ni takde bantal. Sofa lama memang sekali bantal dah.



Cari kat Shopee takde yang menarik bantal untuk sofa tu. Cie cakap kat Faiz beli di Mr DIY jela ada je. 2 DIY kami pergi jumpa yang berkenan di hati kat DIY kedua. Terus jela beli kat situ. Table runner ngam sampai sebelum raya. Sehari sebelum raya sempat la Cie deco walaupun tak pandai sangat. Beli dulang rotan kat Shopee. Semuanya sampai sebelum raya walaupun last minute sangat dah order.

Cie siap mintak chatgpt design sofa yang ada bantal dan chatgpt tambah poster kat dinding. Dinding Cie memang kosong je takde apa-apa. Tak boleh drill dinding keras. Bukan batu bata. Dah pernah dah drill merosakkan dinding je. Kalau nak tampal apa-apa kena guna gam je kot.

Hasil lakaran dari chatgpt


Harapnya bertahan lama la sofa ni. Tak beli dah yang kaki kayu dah serik. Cari kaki yang lebih tahan sikit. Kaki kayu tu ok je kalau tempat nak skru tu bukan plastik. Kalau jenis plastik tu yang pecah dan kayu tu tak boleh nak melekat kat sofa tu. Kedai tu trade in dia ambil RM400 rasanya kalau tak silap. Kira ok la dia nak ambil katanya susah juga nak jual yang preloved takde orang nak sangat dah. 

Faiz nak letak harga tinggi. Cie cakap ikut je harga dia. Daripada takde harga langsung. At least dapat la jugak kurangkan harga sofa baru tu.

Dapat free karpet kecik jugak. Letak dalam bilik anak-anak jela. Kat ruang tamu dan ruang makan dah ada 3 karpet.


Dah lama nak beli karpet kat bilik anak-anak. Tak beli-beli pun. Rezeki la dapat free je ni.




Catat Ulasan

17 Ulasan

  1. coklat pun okey dah tu. nnt letak bantal warna cam pink ke haa naik sei sikit suasananya...

    BalasPadam
  2. takpe Cie langsir boleh tukar warna sedondon..ada alasan dapat langsir baru

    BalasPadam
  3. Wahhh..Bagus ni bleh trade in. Jimat sikit duitutk sofa baru.Warna coklat sofa tu pun pd sy ok. Nice

    BalasPadam
  4. Bagus bleh trade in, next 3 years boleh tukar lagi.
    Sama la dgn dinding rumah I dinding keras, dah beli drill set pun tak menjadi. Musnah impian nk deko2 DIY. Nk kena panggil org juga nampak gayanya.

    BalasPadam
  5. Wah... Cantik sofa raya Cie. Bagus juga ya, boleh trade in. Boleh tukar sofa selalu.

    BalasPadam
  6. Baguslah kedai tu, boleh trade in. Sini Akk x jumpa lagi kedai yg ambil trade in.
    Cantik sofa baru cie ni, nampak kukuh. Sofa lama Akk pun jenis berkaki, patah juga masa raya. Terpaksa ampu dgn bata, sadis betul.

    BalasPadam
  7. Sofa berwajah baru.... baru nampak bergaya hihihi

    BalasPadam
  8. Coklat tu masuk je dengan coffee table kat tengah tu. Yang penting selesa dan tak sakit mata lagi tengok sofa tak sama ketinggian 😅

    BalasPadam
  9. Ammi pun teringin nak tukar sofa. Recliner semua masih well function walaupun sofa ni dah 8 tahun kot usianya. Tp tulah nak tukar sbb kena cakar merata sofa tu dek anak bulus 3 ketul tu. Gerammmm je. Nak survey harga utk upholstery kot

    BalasPadam
  10. Sofa rumah kampung akak pun sebelum puasa lagi kita orang dah carik untuk ganti sebab sofa lama memang dah teruk sangat. Kalau duduk boleh tengelam sebab dah ramai yang duduk atasnya. Kita orang buang je sebab memang dah teruk sangat.

    BalasPadam
  11. Tapi bagus ini kak. Sebenernya sesuai dengan warna gordyn yg silver. Warnanya masih masuk 👍👍👍.

    Sofa lama pasti setelah di perbaiki, diganti covernya, jadi bagus balik. Pasti masih laku juga. Di sini ada banyak jasa perbaiki sofa. Dari yg jelek sangat, bisa macam sofa baru. Dan hrg jual pun masih oke

    BalasPadam
  12. Okaylah warna coklat dengan grey tu.. Nampak ngam..
    Mudahlah kalau kedai terima trade in.. Tak yah pening-pening nak cari tempat lain..

    BalasPadam
  13. Alhamdulillah cantik ..hari raya berseri..

    BalasPadam
  14. Cantik..hari raya pun pasti berseri..

    BalasPadam
  15. Bagus gak boleh trade in kalau tak nak letak mana kan, bila beli yang baru.

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.