Sijil Halal Biskut Cap Ping Pong Hup Seng

Minggu lepas bertebaran di social media berkenaan dengan sijil halal sebuah syarikat ditarik balik iaitu Syarikat Tian Hup Seng Biscuit Factory Sdn. Bhd. Banyak jugak produk keluaran syarikat ni termasuk la serbuk kopi. Ianya ditarik balik kerana menggunakan berus bulu babi.


Bila sebut hup seng ni ramai la yang kaitkan dengan biskut hup seng. Walhal syarikat yang berbeza. Tanpa periksa dan semak terus la share kata biskut hup seng tak halal. Ramai pulak tu share.

Cie masuk office pagi tadi terus la buat semakan. Hospital pun memang ada pakai biskut cap ping pong hup seng tu. Buka web Myehalal dan buat carian Syarikat Hup Seng Perusahaan Makanan (M) Sdn. Bhd. Masih valid ye sijil halal mereka sehingga 30 September 2027.

Nama je seakan sama Hup Seng tu tapi sebenarnya syarikat berbeza. Syarikat yang ditarik sijil halal tu beralamat di Melaka, manakala syarikat yang mengeluarkan biskut cap ping pong tu di Batu Pahat Johor.

Jangan la sebarkan perkara tak sahih. Bahaya sangat button share tu. Semak dulu jangan share je apa-apa tanpa mengetahui kesahihan cerita tersebut. Bukan apa syarikat tu boleh saman tau sesiapa yang menjatuhkan imej dan prestasi syarikat mereka ni.

Cie bagi tips untuk korang semak sijil halal apa-apa makanan. Korang boleh klik link yang Cie share di atas tu Myehalal kemudian korang masukkan nama syarikat yang tertulis pada makanan tu. Nanti akan keluar nama syarikat yang kita cari tu sekali senarai produk yang mereka ada termasuk la brand apa serta tarikh tamat sijil.



Senang je nak semak. Kalau rasa was-was tu boleh check sendiri. Cie ni memang apply sijil halal untuk jabatan Cie jadinya memang kena check semua bahan yang akan dihantar oleh pembekal. Kalau makanan tu didapati syarikat berkenaan tidak renew lagi sijil pun kami akan terus tukar brand lain.

Satu syarikat tapi ada banyak brand pun ada. Naik juling la mata nak kena check brand mana yang pembekal boleh hantar. Contohnya syarikat A keluarkan produk bihun. Bukan 1 brand tapi ada 10 brand berbeza. So semua brand tu kami benarkan pembekal hantar.

Hospital pun kena apply sijil halal ye dan menjadi tanggungjawab kami untuk memastikan makanan yang dibekalkan semuanya berstatus halal.  


Catat Ulasan

13 Ulasan

  1. Tu lah... orang memang lemah kalau bab double cek ni....

    BalasPadam
  2. Berita ini sampai juga kesini. Tp saya masih mencari dulu produk2 biskuit dan kopi dari Tian hup seng ini. Jangan sampai salah kan. Apalagi tiap ke Malaysia, memang sering lah beli cookies dan kopi

    BalasPadam
  3. Pantas bertindak, terbaik Cie 👍🏻
    Benda halal haram ni mmg kena ambil berat. Baguslah hospital pun apply sijil halal. Semoga berkat semuanya.

    BalasPadam
  4. Biskut Ping Pong ni ramai peminatnya.

    BalasPadam
  5. Masa mula-mula tu cam confius juga sebab barangan syarikat yang kena tarik balik tu tak pernah jumpa tapi bila kata hup seng waduh udah berjaman makan biskut ping pong cecah kopi. Sekali rupanya syarikat yang berbeza. Padahal tahu kilang Hup Seng kat batu Pahat. Yang isu terkini di melaka.

    BalasPadam
  6. Berat juga kan cie tanggung jawap sebagai pegaiwai penyediaan makanan di hospital

    BalasPadam
  7. Diorang ni bukan nak double check..tau nak hentam je..abah akak suruh stop kopi 434, kopi tu x halal katanya...laaa...lain syarikatnya kot kan...terus akak explain..kalau x sia2 je 200 sachet buang...sib baik sempat...

    BalasPadam
  8. Kadang2 whatsapp berantai-rantai tak tau betul ke idok....terus share....dengar cerita hup seng yang lain tapi tu lah...kena alert la kan.

    BalasPadam
  9. sy rasa sy tahu lokasi kilang biskut kat melaka tu sbb penah beberapa kali lalu... dan rasanya tu antara kilang biskut terbesar kat melaka...

    BalasPadam
  10. Memula tu risau gak sbb biskut faveret kita tu

    BalasPadam
  11. Sangat berterima kasih infor ni..family Etuza heboh minggu lalu, namun Etuza tak share..melainkan beristigfar banyak2 ..terfikir mana lah tahu tak benar..memang roti ni sentiasa ada di meja makan kami..pelengkap sarapan pilihan makanan masa malam atau awal pagi..Sangat bermanfaat..terbaik perkongsian..

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.