0
Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

DariNya kita datang, kepadaNya jua kita kembali. Takkan lambat walau sesaat, takkan cepat walau sesaat. Tepat pada waktunya.

Pagi tadi buka whatsapp je terima screenshot status tauke jambu di instagram. Staff Cie yang hantar. Mula-mula macam tak percaya. Buka je facebook. Ye betul dan sahih Pak Yus Jambu dah takde. Yes dah meninggal dunia.

Sangat terkejut. Cie bukan peminat Pak Yus atau mana-mana artis pun. Sekadar suka tengok. Tapi Cie suka lawak Pak Yus bersahaja je. Memang bukan dibuat-buat. Selalu tengok Maharaja Lawak, Karoot Komedia, Super Spontan dan Juara Parodi. Memang terhibur dengan lawak beliau.



Bila baca kisah Pak Yus baru Cie tau Pak Yus pernah jadi juara Rajalawak. Memang lawak pun arwah nih. Tapi tak pernah pun tengok Rajalawak. Pak Yus anak bongsu dari 3 beradik. Salah seorang abang dia pun dah meninggal dunia. Hidup arwah pada asalnya susah. Patutlah Pak Yus kelihatan biasa-biasa je.

Ramai rakan pelawak dan peminat beliau yang sangat terasa kehilangan beliau. Tiada lagi lawak spontan dari Pak Yus. Tiada lagi jenaka Pak Yus. Semoga arwah tenang di sana. Damailah mu di sana. Al-fatihah.

Post a Comment Blogger

 
Top