Thursday, 13 February 2020

The Black Bowl Kuala Lipis




Beberapa minggu lepas cuba makan kat THE BLACK BOWL KUALA LIPIS. Sejak buka hari tu belum cuba rasa lagi. Selalu lalu ramai orang. Rezeki hari tu singgah takde orang. Senang je nak cari kedai ni boleh cari kedai perabot Chan atau boleh cari di belakang kedai Eco je. Bangunan bersebelahan Shell lama Bandar Baru Kuala Lipis.

Banyak juga menu yang ditawarkan tapi kami pilih beberapa menu:

NI MENU KAKAK. SET B (CLASSIC) ADA 2 PCS CHEESY CHICKEN, FRIES,DRINK KAKAK PILIH TEA CHRYSANTHEMUM

KAKAK TAK SABAR NAK MAKAN MAKANAN DIA ORDER TU

NI AIR IBU OREO MILK SHAKE

ADIK ORDER FRIES JE. LEPAS TU AMBIK AYAM KAKAK SEKETUL.

NI CRISPY CHICKEN BURGER IBU. BESAR SANGAT IBU MAKAN 1/4 JE SELEBIHNYA BUNGKUS. INGATKAN KECIK JE TU YANG ORDER SATU SORANG

NI MBEK BURGER BABAH ORDER. BURGER KAMBING
Overall makanan kat sini semuanya sedap sangat dan big portion so kena datang dalam keadaan perut yang lapar sure akan habis. Kat sini ada jugak western platter tapi kena order awal katanya sebab nak siapkan tu ambil masa.

Bagus jugak la ada kedai makan macam ni kat Kuala Lipis ni so ada pilihan menu la kalau nak makan luar tu kan takdela asyik kedai yang sama. Harga pun berpatutan.

Cie senaraikan harga yang kami makan hari tu ye:
SET B (CLASSIC) - 2 PCS CHEESY CHICKEN, WEDGES, DRINK RM12.90
FRIES RM3.50
OREO MILK SHAKE RM5.90
BURGEK MBEK RM11.90
BURGER CRISPY CHICKEN RM9.90
MANGO-PEACH RM3.80

So kalau korang tercari-cari kedai makan mana yang best kat Kuala Lipis ni korang boleh datang kedai ni ye.

THE BLACK BOWL
NO.5 LORONG BBKL 2/1/1 BANDAR BARU SEBERANG JELAI
27200 KUALA LIPIS
PAHANG
019-7512415

0 blogger-facebook:

Post a Comment