Saturday, 12 June 2021

Resepi Sambal Penyet

 SAMBAL PENYET

Resepi Sambal Penyet

Sambal Penyet ni sebenarnya ada cara masing-masing dan ada juga resepi masing-masing. Bergantung atas orang jugak la nak guna bahan apa. Sambal penyet dimakan dengan Nasi Ayam Penyet tapi Cie standby stok ni untuk makan dengan nasi. Masakan Cie semua tak pedas sebab anak-anak nak makan kan. Kita ni tekak melayu memang nak makan pedas. Tu yang kena sentiasa standby stok Sambal Penyet ni. Biasanya orang jual sebekas kecik camtu pun dah berbelas ringgit. Kita buat sendiri jela ikut selera sendiri.

RESEPI SAMBAL PENYET

BAHAN-BAHAN SAMBAL PENYET:

20 biji Cili Padi *
5 biji Cili Besar *
1 biji Bawang Besar *
6-7 ulas Bawang Putih *
1 biji Tomato *
Belacan (terpulang kalau taknak letak pun takpe)
Gula
Perencah Maggi Cukup Rasa
Minyak Masak

# bahan-bahan ni korang agak-agak jela nak letak banyak mana bergantung pada kuantiti yang korang nak buat

CARA MEMBUAT SAMBAL PENYET:

  1. Semua bahan yang bertanda * kena potong kecil-kecil.
  2. Panaskan minyak kemudian masukkan cili padi, cili besar, bawang besar, bawang putih dan belacan kemudian goreng seketika hingga layu. Minyak tu jangan banyak sangat agak-agak jela.
  3. Bila dah agak layu tu masukkan tomato goreng seketika je. Tutupkan api dan biarkan sejuk sekejap.
  4. Bila dah sejuk tu korang boleh blend atau tumbuk. Tekstur tu pun terpulang nak halus atau kasar tapi biasanya kalau sambal penyet kasar sikit.
  5. Bila dah siap tumbuk/blend tu guna kuali yang sama tadi tambah minyak sikit dan gorengkan semula sambal tu. Perasakan dengan gula dan perencah maggi cukup rasa.
  6. Dah agak-agak masak tu boleh tutupkan api. Sejukkan dah masuk ke dalam bekas kedap udara. 
Siap dah simple je nak buat. Minggu lepas Cie tumbuk. Tadi buat mula-mula guna dry blender lepas tu macam tak cantik pulak lepas tu tumbuk la sikit baru cantik tekstur dia. Cie sejenis kalau masak takde sukatan so main hentam je masukkan. So far ok je cukup rasa dan ngam-ngam je. Alhamdulillah.

So korang boleh la try buat Sambal Penyet ni sesuai makan dengan nasi biasa makan dengan ulam timun, kacang panjang, kobis bulat dan macam-macam jenis ulam lagi la.


2 comments:

  1. Laaa senang je eh buat sambal penyek ni.. Ok nnt bole try laa

    ReplyDelete