Menu Minum Petang Dan Makan Malam

Petang tadi kakak dari Bentong dan 2 orang anaknya singgah rumah Cie sebelum ke hospital melawat Abang Ngah. Sementara nak tunggu waktu melawat minum petang la dulu kat rumah Cie.

Cie goreng keropok lekor Terengganu. Kawan Faiz bagi sebungkus. Dapat la semangkuk tu goreng. Lepas tu Cie order kek marble dari kawan sekolah. Petang tadi dia delivery kat rumah. Terus la potong tadi hidang kat tetamu.



Lepas dah siap minum petang Cie join sekali kakak Cie ke hospital. Mula-mula anak-anak kakak masuk dulu berdua. Lepas tu baru Cie dan kakak Cie pulak masuk. Lepas kami tu adik abang ipar dan anaknya pun datang juga. Tak lama lepas tu anak-anak Abang Ngah pun sampai juga 2 beradik. Kami pun balik dah pukul 6 lebih.

Cie balik rumah terus masuk dapur nak masak untuk dinner sebelum kakak dan anak-anaknya balik. Cie masak sup daging dan kentang, ayam goreng yang Cie perap dengan serbuk perapan madu Adabi, telur dadar, kobis dan bayam goreng, peria goreng tepung bestari, tempe goreng tepung bestari, ulam timun dan sambal belacan. Buah tembikai pun ada sekali Cie potong untuk tetamu. 


Siap masak tadi tetamu makan dulu. Mereka nak gerak balik Bentong dah. Dalam 8.30 tadi mereka gerak balik Bentong.

Alhamdulillah dapat sediakan hidangan dinner untuk tetamu. Ingatkan mereka nak tidur sini. Kakak cakap ada urusan esok tu yang balik kejap je.


Catat Ulasan

17 Ulasan

  1. Mujur ada adik beradik yang duduk berhampiran hospital. Boleh transit sekejap.
    Tu kalau kakak dapat overnight mesti Cie lagi seronok tapi dah ada komitmen lain pulak.

    BalasPadam
  2. alhamdulillah, meriah menu makan malam dihidangkan utk tetamu Cie.

    BalasPadam
  3. Alhamdulilah berkongsi rezeki dengan tetamu. Moga rezeki akak juga bertambah mewah

    BalasPadam
  4. Kek marble tu nmpk sgt sedap laa.morning cie⚘️🤩

    BalasPadam
  5. Walaupun pergi hospital, masih sempat masak makan malam untuk tetamu.
    Menarik tengok kek marble tu. Lama tak makan.

    BalasPadam
  6. Sebenarnya menu macam ni yang buat orang bertambah makan

    BalasPadam
  7. Syukur rumah Cie dekat hospital, mudah adik beradik nak transit bila ada kes begini kan. Sedap² hidangan utk tetamu

    BalasPadam
  8. Nampak berselera pulak tengok hidangan menu Cie untuk tetamu.

    BalasPadam
  9. nampak gebu kek marble nya tu👍

    BalasPadam
  10. sedapnyaa. terliur pulak saya tengok 😍

    BalasPadam
  11. Masya Allah cantik corak kek marmarnya.
    Banyak lauk Cie masak.

    BalasPadam
  12. Cantik la corak kek marble tu Cie.

    BalasPadam
  13. Macam manalah buat topping cantik di Marble cake itu yaa 😍😍😍. Macam lukisan jadinya 😍😍.

    BalasPadam
  14. Cantik kejadian kek marble tu =D

    BalasPadam
  15. sesekali kan menyantuni tetamu yang datang..suka marble cake tapi x pandai buat...

    BalasPadam
  16. Cantik betul kek marble tu.. Macam lukisan..

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.