Menu Berbuka Puasa 7 Ramadan 1446H - Blog Roziah Muhammad Nor

Saturday, March 8, 2025

Menu Berbuka Puasa 7 Ramadan 1446H

7 Ramadan dah kita berpuasa. Setakat ni masih setia berbuka puasa di rumah cuma hari ni tak masak sebab husband nak beli ayam golek. Beberapa hari lepas dah dia cakap nak beli ayam golek je. Dia taktau bini dia ni dah prepare menu plan seminggu. Hahaha.

Menu Berbuka Puasa 7 Ramadan 1446H

Pagi tadi tanya husband nak nasi apa makan dengan ayam golek. Mulanya dia nak nasi arab. Lepas tu tiba-tiba tukar fikiran nak nasi putih beras panjang-panjang katanya. Senang kerja masak nasi putih je.

Menu Berbuka Puasa 7 Ramadan 1446H

Petang tadi husband keluar sebelum Asar nak tempah ayam golek. Menu plan pun belum ada so ok la hari ni Menu Berbuka Puasa 7 Ramadan 1446H kita beli ayam golek je.

Pertama kali juga beli Ayam Golek Busy Stop ni. Pukul 6 tadi keluar pergi ambil ayam yang dah tempah. Bau dia menusuk hidung bila bawak masuk kereta. Kuat betul bau macam sate. Pertama kali juga beli ayam golek sambal kicap. Selalunya sos.

Menu Berbuka Puasa 7 Ramadan 1446H

Balik rumah buat sos sikit, potong timun dan salad lepas tu tomato ceri. Sup Cie dah buat petang tadi siap-siap. Kalau takde sup kering sangat pulak nak makan nasi takde kuah.

Menu Berbuka Puasa 7 Ramadan 1446H

Menu Berbuka Puasa 7 Ramadan 1446H

Menu Berbuka Puasa 7 Ramadan 1446H

Petang tadi juga Cie buat kuih buah melaka. Pagi tadi pergi pasar beli kelapa parut. Setiap kali Ramadan memang tak pernah miss buat kuih buah melaka ni. Senang sangat bahan pun simple je. Kuih lama-lama jarang ada orang pandai buat.

Menu Berbuka Puasa 7 Ramadan 1446H

Menu buah kita sama je macam semalam. Ada epal merah, anggur dan limau. Alhamdulillah rezeki berbuka hari ni. Esok kita plan menu seminggu pulak.

Menu Berbuka Puasa 7 Ramadan 1446H


3 comments:

  1. Meriah menunya Chie.
    Ada hidangan buah-buahan pelengkap berbuka.

    ReplyDelete
  2. waahh ayam golek! sedapnyaaa buah-buahhh tu! ana paling suka part buah hehehe

    ReplyDelete
  3. Menu sihat belaka...
    Saya pula Ramdhan kali ni banayak makan makanan bersantan..adudududu camana nak pakai kebaya ni🤣

    ReplyDelete