Pengalaman Beli Alas Meja di Kedai Eco

Kat Kedai Eco apa je yang takde kan, memang ramai orang tahu tempat ini antara pilihan utama untuk mencari barang rumah dengan harga bajet tetapi tetap berkualiti. Bulan lepas, Cie berkesempatan untuk membeli alas meja makan untuk rumah serta alas meja kopi di pejabat. 

Hadapan Kedai Eco dengan papan tanda jelas dan suasana persekitaran kedai

Walaupun nampak macam barang kecil, tapi hakikatnya alas meja ini memberi banyak manfaat bukan sahaja dari segi hiasan, tetapi juga perlindungan untuk meja agar tahan lebih lama.

Harga dan Ukuran Alas Meja di Kedai Eco

Menariknya, alas meja di Kedai Eco kini sudah tersedia ikut saiz meja. Jadi, kita hanya perlu beritahu berapa kerusi meja kita atau jenis meja yang digunakan, terus boleh pilih set yang sesuai.

Senarai harga dan saiz alas meja di Kedai Eco untuk meja kopi, meja makan 4, 6 dan 8 kerusi

Berikut antara harga dan ukuran alas meja yang Cie tengok dipamerkan pada rak alas meja tersebut:

1. Meja makan 6 kerusi

Ukuran: 137cm x 213.15cm
Harga: RM18.20 (7 set)

2. Meja makan 8 kerusi

Ukuran: 137cm x 274.5cm
Harga: RM23.40

3. Meja kopi

Ukuran: 137cm x 91.5cm
Harga: RM7.80

4. Meja makan 4 kerusi

Ukuran: 137cm x 152.5cm
Harga: RM13.00

Boleh juga bagitau pekerja kedai eco berapa meter kita nak nanti mereka akan ukur dan bagitau harga. Mereka juga tidak potong dengan gunting, sebaliknya menggunakan pemotong khas yang terdapat pada rak tersebut so mudah la untuk mendapat potongan yang tidak senget.

Pekerja juga membuat ukuran dengan sangat teliti. Menanda dengan pensil sebelum kerja pemotongan dilakukan.

Pekerja Kedai Eco sedang mengukur alas meja mengikut saiz meja pelanggan

Proses pemotongan alas meja mengikut ukuran yang dikehendaki pelanggan di Kedai Eco

Daripada senarai ini, kita nampak bahawa harga memang berbeza mengikut saiz meja. Jadi, tak perlu risau kalau tak pandai ukur sendiri, sebab pihak Kedai Eco dah mudahkan siap-siap ikut jenis meja.

Mudah Nak Pilih dan Sesuaikan

Apa yang Cie suka, alas meja di Kedai Eco datang dalam pelbagai warna dan corak. Ada yang bercorak floral, moden, abstrak dan juga polos untuk mereka yang lebih suka gaya minimalis. 

Pelbagai pilihan corak alas meja di Kedai Eco termasuk floral, abstrak, moden dan polos

Cie pilih satu corak yang ringkas berpetak untuk meja makan rumah dan bercorak bunga sikit untuk meja kopi di pejabat. Sesuai la dengan sofa yang berwarna coklat.

Alas meja makan corak kotak-kotak sesuai untuk meja 4 hingga 6 kerusi di Kedai Eco

Alas meja kopi corak bungaan menambahkan seri ruang rehat di pejabat atau rumah

Selain itu, material alas meja ini juga senang dibersihkan. Cukup lap dengan kain lembap jika terkena kotoran atau makanan tertumpah. Tak perlu risau cepat rosak atau susah nak maintain.

Kelebihan Guna Alas Meja

Ramai mungkin anggap alas meja hanya sebagai hiasan. Tapi sebenarnya, banyak kelebihannya:

  • Melindungi permukaan meja – Elak kesan calar, tumpahan air atau panas daripada periuk dan cawan.
  • Tambah seri ruang makan – Corak dan warna alas meja boleh menjadikan meja nampak lebih kemas dan menarik.
  • Mudah ditukar ikut tema – Bila ada majlis atau perayaan, boleh tukar alas meja baru untuk suasana berbeza.
  • Harga berpatutan ikut saiz meja – Tak perlu pening kepala nak kira panjang atau potong sendiri.

Pengalaman di Rumah

Untuk meja makan di rumah, Cie beli alas meja saiz 8 kerusi. Kedai Eco memang dah sediakan terus ikut ukuran meja, jadi Cie hanya perlu ambil set yang betul. Bila digunakan, meja makan nampak lebih kemas dan cantik.

Alas meja makan corak kotak-kotak sesuai untuk meja 4 hingga 6 kerusi di Kedai Eco

Pengalaman di Pejabat

Sementara di pejabat, Cie beli alas meja kopi. Dengan hanya RM10.40 untuk saiz 137cm x 210cm, ruang office jadi lebih kemas dan cantik. Meja tu kaca dan tiada alas jadinya Cie beli la untuk bagi cantik sikit suasana pejabat.

Alas meja kopi corak bungaan menambahkan seri ruang rehat di pejabat atau rumah


Kenapa Kedai Eco Jadi Pilihan?

Kedai Eco memang sinonim dengan barang keperluan harian yang murah dan mudah didapati. Selain alas meja, mereka juga ada pelbagai barang dekorasi rumah lain seperti bekas makanan, hiasan dinding, peralatan dapur dan macam-macam lagi. Konsepnya mudah, beli barang dengan harga rendah, tapi tetap ada nilai praktikal untuk kegunaan harian.

Bagi Cie, alas meja dari Kedai Eco ini memang pilihan bijak. Dengan harga antara RM10.40 hingga RM23.40, kita boleh dapat perlindungan meja, gaya dekorasi yang menarik dan kemudahan membersihkan.

Tip Pilih Alas Meja

Kalau korang bercadang nak beli alas meja di Kedai Eco, ada beberapa tip yang boleh dipertimbangkan:

  • Ukur dulu meja di rumah atau pejabat sebelum pergi beli.
  • Pilih corak ikut suasana ruang – ceria untuk ruang makan, ringkas untuk pejabat.
  • Kalau ada bajet lebih, beli beberapa set supaya boleh tukar bila ada majlis atau bila satu set kotor.
  • Cari alas meja dengan material kalis air supaya lebih mudah dibersihkan.

Mengapa Berbaloi Beli di Kedai Eco?

Dengan harga yang sangat berpatutan mengikut saiz meja, kita bukan sahaja dapat alas meja yang praktikal, malah boleh jimatkan kos jangka panjang. Tak perlu risau kalau alas meja cepat rosak, beli saja yang baru tanpa rasa terbeban. Bagi Cie, inilah salah satu contoh bijak berbelanja dalam menjaga keperluan rumah dan pejabat.

Cie tengok juga kualiti alas meja Kedai Eco ni agak tebal dan tahan lasak. Jadi boleh tahan lama la jika dipakai harian.

Kenapa Patut Cuba Alas Meja Kedai Eco?

Bila difikirkan balik, kecil sahaja nilai pelaburan untuk alas meja ni. Tetapi kesannya besar, meja lebih terlindung, ruang nampak lebih cantik dan kita sendiri rasa lebih selesa bila makan atau berehat. Jadi, kalau korang sedang cari alas meja murah, praktikal dan mudah didapati, memang Cie sarankan cuba beli di Kedai Eco.

Catat Ulasan

20 Ulasan

  1. haa senang kalau dah ada sukatan ikut kerusi ni kan Cie, hari tu kak ana ada nak beli alas meja kat satu kedai ni, selalu untuk meja makan 6 kerusi kak ana beli 1 1/2 meter cukup dah, tapi kedai ni tak nak jual setengah meter tu, dia suruh beli 2 meter terus, nak buat apa labuh nanti kena buang juga kan, terus kak ana tak beli pun.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Meja Cie tu 6-8 seater. Meja ikea yang boleh laras tu. Cie selalu guna 6 seater je bila hari biasa. Kalau raya ke buat makan2 baru guna 8. Cie beli 8 seater punya & kena lipat la 😅. Tapi ok je kak kalau lipat.

      Padam
  2. dh lama MZ tak gi kedai eco..suka jer ronda2 dan terbeli mcm2 laaa wpun not in the list to buy

    BalasPadam
  3. Kak SA suka beli yang by meter and gunting terus tu..situ pun cantik2 corak alas mejanya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aah beli yang meter ni ikut ukuran meja kita. Kalau beli yang dah siap tu kadang2 terkecik pulak.

      Padam
  4. Auto naik seri kan bila letak alas meja...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Nampak la cantik sikit berbanding yang togel tu.

      Padam
  5. eco tempat kita ni sangatlah lambat dorang nak clearkan barang naik atas rak. sempit dan merimaskan.
    kita baru je buang alas meja, hahaa dah berlobang dek di cakar anak-anak bulu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama la sini pun lagi2 kalau barang baru sampai takde laluan nak jalan. Kena langkah2 je barangnya.

      Padam
  6. kita nak beli alas meja, susah pula rasenya, sebab kerusi jenis yang tolak terus ke dalam tu...nanti susah nak tolak kerusi...hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Beli yang plastic cover ada jual kat shopee. Ngam atas meja je alas.

      Padam
  7. Hari tu ada nampak...cantik jugak corak dia...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye Cie pun dah lama tengok2. Akhirnya terbeli.

      Padam
  8. Kalau masuk kedai Eco ni kan, memang keluar kedai dengan banyak hasilnya. Murah dan elok2 jugak barang nya.

    BalasPadam
  9. Menarik juga corak-corak yang ada. Banyak pilihan dan harga pun okay. Cantik pilihan Cie. Sesuailah untuk rumah dan pejabat tu.

    BalasPadam
  10. suka shopping kat eco shop.. berbaloi..

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.