Sarapan pagi mesti ramai yang pilih sesuatu yang ringkas, cepat dan tak perlu pening kepala nak masak. Lagi-lagi hujung minggu nak berehat je malas nak berada lama di dapur. Bagi Cie, salah satu pilihan yang praktikal sekarang ialah sandwich dari 7E Cafe.
Semalam Cie sempat singgah di 7E Cafe Bandar Baru nak beli sandwich menggunakan voucher buy 6 free 1 yang Cie dah layak claim. Voucher tu diperolehi selepas kumpul e-stamp. Kiranya sebelum ni Cie dah beli sandwich tu banyak dan layak kumpul e-stamp.
Pagi ni Cie panaskan semula sandwich yang dibeli semalam untuk sarapan. Memang mudah sebab tak perlu bersiap lama di dapur. Hanya keluarkan dari peti sejuk, panaskan sekejap dan terus boleh makan.
Senarai Sandwich Yang Cie Beli
Semalam Cie pilih 4 jenis sandwich berbeza dengan jumlah keseluruhan RM32.40 untuk 6 sandwich. Inilah senarai penuh:
FF WB Chicken Slices & Cheese 95g – RM4.90
Sandwich roti gandum dengan kepingan ayam dan keju.
FF FT French Toast Chicken Slices & Cheese 120g – RM5.90
Sandwich roti gandum yang disalut telur serta didalamnya terdapat kepingan ayam dan keju.
FF WB Japanese Egg Mayo 100g – RM4.90
Sandwich telur mayo gaya Jepun.
FF WB Smoked Chicken Slices & Cheese 95g – RM5.90
Sandwich ayam salai dengan keju.
Kalau kira harga asal semua sekali, jumlahnya RM37.30. Tapi sebab guna voucher beli 6 percuma 1, secara tak langsung kita dapat jimat lebih kalau beli banyak.
Review Setiap Jenis Sandwich
1. Chicken Slices & Cheese (WB 95g) – RM4.90
Sandwich ni memang klasik. Roti gandum lembut, isi ayam dalam bentuk slice dan ditambah dengan keju yang cair bila dipanaskan. Rasanya ringan, tak terlalu muak dan sesuai untuk sarapan cepat. Ni kegemaran kami anak beranak.
2. French Toast Chicken Slices & Cheese (FT 120g) – RM5.90
Sandwich ni agak berbeza dengan yang lain sebab dia guna roti French Toast. Teksturnya lebih lembut dan ada sedikit rasa manis dari roti tu sendiri. Bila digabung dengan chicken slices dan keju, kombinasi rasa jadi seimbang. Ada masin dari ayam dan keju, ada manis sikit dari roti.
3. Japanese Egg Mayo (WB 100g) – RM4.90
Mayo dia lembut, tak terlalu masin dan rasa telur rebus yang dihancurkan. Kalau makan panas-panas, roti jadi lembut dan mayo cair sedikit menambahkan lagi rasa.
4. Smoked Chicken Slices & Cheese (WB 95g) – RM5.90
Sandwich ni ada aroma ayam salai yang unik. Bila dipanaskan, bau smokey tu keluar dan gabung dengan keju, menjadikan rasanya lebih istimewa berbanding sandwich ayam biasa.
Rasanya juga ada elemen umami – iaitu rasa “savory” atau sedap yang mendalam. Umami ni salah satu daripada lima rasa asas (manis, masin, masam, pahit, umami). Biasanya datang daripada makanan seperti keju, daging salai, cendawan, kicap atau makanan laut. Sebab tu bila makan sandwich ni, rasa dia lebih “penuh” dan memuaskan.
Kelebihan Beli Sandwich 7E Cafe
Mudah & Jimat Masa
Sesuai untuk mereka yang sibuk atau tak sempat masak. Hanya panaskan sekejap dan terus boleh makan.
Pilihan Pelbagai
Ada sandwich ayam, telur, tuna dan beberapa pilihan lain bergantung cawangan. Jadi taklah bosan makan benda sama setiap hari.
Harga Berpatutan
Harga antara RM4.90 hingga RM5.90 memang masih berbaloi untuk makanan segera yang mengenyangkan.
Voucher Buy 6 Free 1
Guna voucher buy 6 free 1 memang untung kalau beli dalam kuantiti banyak.
Mudah Didapati
7-Eleven sentiasa ada di mana-mana, jadi memang senang nak dapatkan.
Cara Cie Nikmati Sandwich 7E Cafe
Biasanya Cie simpan dulu dalam peti sejuk. Bila nak makan, ada beberapa cara yang boleh digunakan untuk panaskan:
Microwave – cara paling cepat. Masukkan sandwich dalam bekas, panaskan sekitar 40–60 saat. Roti kekal lembut dan isi dalam jadi hangat.
Pan/Non-stick pan – kalau nak roti bahagian luar lebih rangup, boleh grill atas pan tanpa minyak. Lebih sedap sebab ada tekstur garing di luar.
Oven/air fryer – kalau ada masa lebih, boleh bakar sekitar 10 minit. Roti jadi lebih kering sedikit dan keju cair lebih sekata.
Untuk sarapan pagi tadi, Cie guna oven dengan suhu 170c selama 10 minit. Cie padankan sandwich dengan indocafe o ais. Memang lengkap, kenyang dan rasa pun sedap.
Patut Cuba Ke Sandwich 7E Cafe Ni?
Kalau tanya pendapat peribadi, memang berbaloi cuba. Dari segi rasa, ada yang ringan macam Chicken Slices & Cheese, ada yang creamy macam Japanese Egg Mayo, dan ada juga yang lebih “umami” dengan aroma smokey ayam salai.
Dari segi harga, ia masih dalam kategori mampu milik, terutama bila ada promosi. Kalau beli 6 sekali gus dapat percuma 1 cukup la untuk makan sekeluarga.
Bagi Cie, 7E Cafe berjaya tawarkan alternatif yang praktikal untuk orang yang nak makanan cepat tapi tetap sedap. Cie ada lagi voucher yang boleh digunakan.
4 Ulasan
Makkkkk... banyaknya beli... tu mesti sedap kalau dah berkali² beli.
BalasPadamBila tengok gambar sandwich Cie letak atas pinggan nampaklah isinya penuh. Memang berbaloilah tu sebab pernah beli sandwich biasa isi sekerat je.
Lama tak masuk 7e...banyak dah pilihan makanan yang macam NIE dekat 7e...sesuai lah kan 24jam..
BalasPadamWah... macam-macam jenis sandwich ada dijual ya... Dapat merasa semuanya, mesti sedap ni.
BalasPadamesok pagi nak cari la sandwich kat 7E KL Sentral...nampak sedap tu ha yang Cie share tu
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.