Sudah agak lama Cie tidak singgah membeli minuman di Zus Coffee. Kalau sebelum ini kerap juga membeli terutama ketika hujung minggu atau sekadar ingin menikmati kopi yang berbeza daripada kebiasaan, kali ini agak jarang kerana lebih banyak menikmati kopi 7E Cafe atau TeaLive.
Petang tadi terasa ingin membeli Zus Coffee sebab teringin pulak nak minum frappe. Anak-anak pun sibuk tumpang sekaki nak jugak. Biasanya anak-anak lebih suka air Tea Live. Plan asalnya petang tadi nak ajak anak-anak melepak kat Zus tapinya tertidur pulak petang tadi lepas lunch mengantuk pulak. Tu yang pukul 5 lebih tadi la baru keluar.
Cie masih lagi tidak capai Zus Elite lagi 3 cup untuk melayakkan Cie mencapai Zus Elite. So pembelian tadi bukan sekadar menikmati minuman, tetapi turut memberi kejutan manis kerana akhirnya Cie berjaya capai status Zus Elite selepas sekian lama menunggu.
Memang rasa puas hati bila sampai ke tahap itu, kerana ia menandakan sudah banyak pengalaman Cie bersama Zus Coffee sejak mula berkenalan dengan jenama ini.
3 Pilihan Minuman Zus Coffee Hari Ini
Untuk minum petang kali ini, Cie memilih tiga jenis minuman berbeza yang ada pada menu Zus Coffee. Setiap satunya mempunyai rasa tersendiri, sesuai dengan mood dan selera pelanggan.
1. Iced White Peach Oolong Milk Tea – RM9.90
Minuman pertama yang Cie pilih ialah Iced White Peach Oolong Milk Tea. Sejak diperkenalkan belum pernah mencuba lagi. Gabungan teh oolong yang wangi dengan rasa buah pic putih menjadikan minuman ini menyegarkan. Bila ditambah pula dengan susu, rasa teh menjadi lebih lembut dan seimbang.
Sesuai diminum ketika cuaca panas, minuman ini memberi rasa manis yang tidak berlebihan serta ada sedikit rasa floral daripada oolong. Cie rasa ia antara pilihan terbaik untuk mereka yang bukan penggemar kopi tetapi tetap mahu menikmati minuman premium di Zus.
Cie dan adik Rania suka minuman ni ada rasa peach yang sedap. Cie memang peminat peach. Rasanya ngam takde rasa pelik. Kakak Raisha je tak suka.
2. Creamy Mango – RM10.20
Pilihan kedua pula lebih kepada kategori minuman buah iaitu Creamy Mango. Seperti namanya, minuman ini memang kaya dengan rasa mangga yang manis, berkrim dan menyegarkan.
Minuman ni kegemaran anak-anak bila membeli Zus. Memang air ni sesuai untuk kanak-kanak. Rasa mangga asli jelas terasa, seolah-olah sedang menikmati smoothie buah segar. Harga RM10.20 juga masih berbaloi jika dibandingkan dengan rasa yang ditawarkan.
3. Salted Caramel Frappe – RM15.20
Minuman ketiga yang Cie beli ialah Salted Caramel Frappe. Minuman jenis frappe memang sinonim dengan rasa manis, berais dan penuh dengan tekstur gebu. Apa yang menjadikannya istimewa ialah kombinasi rasa manis karamel bersama sedikit masin, menjadikan minuman ini tidak terlalu muak. Tapi kali ni rasa caramel sedikit pahit.
Dari segi harga, ia sedikit mahal berbanding dua minuman sebelumnya, tetapi sesuai untuk dinikmati sekali-sekala terutama jika mahu merasa sesuatu yang lebih indulgent.
Pengalaman Capai Zus Elite
Apa yang paling menggembirakan hari ini ialah selepas membuat pembelian tiga minuman ini, Cie terus menerima notifikasi bahawa akaun Cie telah naik ke tahap Zus Elite.
Bagi pelanggan setia Zus Coffee, status ini bukanlah sesuatu yang asing kerana ia adalah tahap keahlian tertinggi dalam aplikasi Zus. Namun, untuk mencapainya memang mengambil masa. Dalam kes Cie, agak lama juga kerana jarang membeli sejak kebelakangan ini.
Apabila notifikasi itu muncul, ada rasa puas hati. Ia seolah-olah satu penghargaan daripada pihak Zus kepada pelanggan yang setia menyokong mereka. Tambahan pula, status Zus Elite hadir dengan beberapa kelebihan eksklusif yang membuatkan pengalaman membeli minuman di Zus lebih menarik.
Tahap Rank Dalam Aplikasi Zus Coffee
Bagi pelanggan yang menggunakan aplikasi Zus Coffee, mereka mempunyai sistem keahlian berperingkat. Setiap kali kita membeli minuman, jumlah pembelian itu akan dikira dan menentukan tahap rank.
1. Easy Goer – Tahap permulaan untuk semua pelanggan baharu.
2. Rising Star – Bila mula kerap membeli, rank naik ke tahap ini.
3. Super Addict – Antara tahap tinggi yang menandakan anda pelanggan setia Zus.
4. Zus Elite – Tahap tertinggi dan paling eksklusif dalam aplikasi.
Hari ini, selepas membeli tiga minuman sekaligus, Cie akhirnya berjaya melangkah ke tahap tertinggi iaitu Zus Elite.
Kelebihan Menjadi Zus Elite
Naik ke tahap Elite bukan sekadar nama, tetapi hadir dengan kelebihan eksklusif yang tidak ditawarkan pada tahap lain. Antara manfaat utama ialah:
1. Freebies – Nikmati 1x minuman percuma dengan setiap 8x cawan yang dibeli. (Tidak terpakai untuk pembelian dengan baucar diskaun).
2. RM25 Free Delivery – Penghantaran percuma apabila anda berbelanja RM25 dan ke atas
3. Birthday Treats – 2x baucar ulang tahun untuk hari besar anda!
- Beli 1 Percuma 1 keping kek
- Hidangan Panas Percuma dengan pembelian mana-mana minuman buatan tangan Ix
4. Zus Points – Dapatkan 3x Mata Zus untuk setiap RM1 yang dibelanjakan
5. VIP Access – Jemputan eksklusif ke acara Pelancaran Besar
6. Monthly Exclusive Deals – Nikmati 2x Baucar Diskaun dan Penghantaran Percuma untuk Pesanan Penghantaran 1x setiap bulan.
Kelebihan inilah yang membuatkan Cie rasa usaha menunggu lama untuk capai tahap Elite benar-benar berbaloi.
Cie dapat juga complimentary drink yang akan expired pada 16 September 2025. So boleh la redeem sebelum expired tu nanti.
Kenangan Bersama Zus Coffee
Sebelum mencapai tahap Elite, Cie sudah banyak kali membeli Zus Coffee terutama ketika mereka baru mula membuka cawangan di Lipis pada tahun 2023. Pada mulanya tertarik dengan branding dan konsep kedai mereka yang lebih moden dan mesra pelanggan.
Minuman seperti Iced Spanish Latte, Iced Caramel Macchiato dan Salted Caramel Latte pernah menjadi kegemaran Cie. Namun, lama-kelamaan Cie juga mula mencuba minuman bukan kopi mereka kerana variasinya semakin banyak. Dari kopi ke teh, sehingga ke minuman buah semuanya ada pilihan tersendiri.
Walaupun lama tidak membeli, hari ini terasa seperti kembali semula ke satu rutin yang pernah Cie nikmati. Bezanya, kali ini ada pencapaian baru iaitu Zus Elite.
Minum Petang Yang Lebih Bermakna Dengan Zus Coffee
Minum petang hari ini dengan tiga minuman Zus Coffee iaitu Iced White Peach Oolong Milk Tea, Creamy Mango dan Salted Caramel Frappe bukan sekadar memuaskan selera, tetapi juga memberi kegembiraan tambahan kerana berjaya capai status Zus Elite selepas sekian lama.
Setiap minuman ada rasa unik masing-masing:
Iced White Peach Oolong Milk Tea sesuai untuk peminat teh yang mahu minuman ringan dan wangi.
Creamy Mango pilihan segar dengan rasa buah yang asli.
Salted Caramel Frappe pula untuk mereka yang sukakan rasa indulgent manis masin.
Dengan tambahan manfaat yang bakal dinikmati sebagai ahli Zus Elite, pengalaman kali ini benar-benar terasa lebih istimewa. Kadang-kadang bukan soal harga minuman semata-mata, tetapi soal pengalaman, kenangan dan penghargaan yang diberikan oleh jenama kegemaran kita.
0 Ulasan
Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.