Tadi ingat nak pergi jumpa doktor tapi malas pulak nak menapak dari office ke OPD (outpatient department). Dah la panas terik sangat hari ni. Tahan jela sakit. Kalau tak ok lagi esok jela serah diri.
Walaupun sakit pinggang tetap la masak menu berbuka anak-anak request nak ayam goreng kicap letak kentang. Tu jela 1 menu Cie masak. Sambil menahan sakit pinggang siap jugak.
Ulam timun, salad dan kacang panjang je. Sambal penyet dan sambal hitam pun ada cukup la untuk menu berbuka 5 Ramadan ni.
Buah pulak epal merah dan limau. Limau tu jiran bagi. Dia balik dari kampung di Kelantan hari Sabtu tu dia bagi 1 plastik.
Faiz beli martabak jugak tu tadi. Tapi tu la bau macam nak basi je. Dia beli depan sekolah kakak pukul 3.30 petang lepas ambil kakak Raisha habis kelas KKQ tadi. Kalau ikutkan keselamatan makanan tak boleh makan kalau makanan dah lebih 4 jam. Entahla tu kang masih ok ke tak.
Faiz memang jenis suka membeli kuih muih kalau puasa. Hari pertama je dia tak beli. Hari seterusnya tu setiap hari la dia membeli. Cie pulak memang tak suka sebab duk fikir orang tu prepare awal. Entah-entah segala bakteria dah ada dalam makanan tu. Nanti takut keracunan makanan.
Cie ni jaga makanan pesakit hospital memang tau la segala prosedur keselamatan makanan ni. Orang berniaga jarang ambil tau bab ni. Yang penting jual orang beli.
Faiz berbuka di surau taman hari ni. Cie berbuka dengan anak-anak jela. Lebih suka berbuka di rumah. Lagi-lagi sakit pinggang ni memang malas la. Lepas masak mandi, terus berbaring luruskan pinggang. Nak pusing kiri kanan pun sakit. Ujian bulan Ramadan.
P/S: korang jangan lupa tau contest screenshot pageview 2 juta Cie dah hampir-hampir ni. Setakat ni dah 1,997,429 dah.



19 Ulasan
ooh, ingtkn berbuka puasa kat Rembayung KA tadi tuu., hehe
BalasPadamNanti cubalah makan Panadol Extend or Extra. Mana tau reda sikit
BalasPadamMacam mana Cie sakit pinggangnya tu? Ada berkurang ke? Kadang-kadang hendak beli makanan di Bazaar Ramadan memang risau sebab udah beberapa kali pernah cery berry lepas makan. Lagi la semakin tua ni perut makin sensitif
BalasPadamBaru nak cadangkan panadol extend,.. Ammi dah cadangkan benda sama
BalasPadamMoga cepat baik la sakit pinggang nya...
BalasPadamEhhh, Linda tertinggal ketapi.. baru tahu ada contest 2 juta ni... Yossshhhh... Meh kita cuba
bila cie ckp pv tu terus carik mana lah pv counter cie... x pernah lg dpt tangkap skrin pv contest mcm ni
BalasPadamSemoga semakin sembuh sakit pinggang Cie. Sama, suami saya pun suka beli kuih dan makanan extra walaupun sudah masak di rumah.
BalasPadamCCL tahun lepas beli murtabak di bazar .. masa tu dh ptg ..waktu berbuka memang dh tak boleh makan .. berlendir .. entah laa silap kat mana .. rugi duit
BalasPadamCCL tahun lepas beli murtabak di bazar .. masa tu dh ptg ..waktu berbuka memang dh tak boleh makan .. berlendir .. entah laa silap kat mana .. rugi duit
BalasPadammurtbaka suka juga bila bln ramadhan tp blum bli lg..ala dh terlepas la nk screenshot 2juta
BalasPadamSemalam sedih skit..kuih2 PZ beli kat bazar ramadhan x sedap dan keras...nanti la akak citer kat entry akak...nampak sedap ayam masak kicap tu...
BalasPadamPageviews dah 2000511....wah tahniah cie
BalasPadammenyampah betul kalau dah ada bau2 basi ni... dah laa habiskan duit kita. mkn belum tentu selamat... haihhh... tau nak untung je peniaga2 mcm ni
BalasPadamSemoga cepat sihat ya..puasa ni banyak hikmah..badan semakin sihat, ringan
BalasPadambaru ni sha minta belikan dekat suami murtabak..isi penuh sayur dan daging..puas hati..semoga pinggang cie cpt sembuh ya
BalasPadamNaah betuuuul kak. Itu juga alasan saya dah jaraaaaang pergi ke bazar ramadhan. Krn berpikir minyak yg dipakai dah berapa kali pakai, belum lagi bersih atau tidak... Kdg suami ada bawa. Tp saya juga wanti2 ke dia, jangan beli banyak. Takut tak habis
BalasPadamKadang2 geram dgn peniaga bazar ramadan ni. Jual ikut dan je. Harga pulak mahal. Kita ni keluar duit, rasa makanan tahpape, cepat rosak
BalasPadamshafakillah
BalasPadamUish kalau dpt yg basi membahayakan je.
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.