Menu Sahur 5 Ramadan 1447H

Habis dah cuti sekolah anak-anak dan hari ni kembali ke sekolah. Beberapa hari lepas sahur boleh tidur, pagi ni tak tidur dah. 

Harapnya tak la panas sangat hari ni kesian kat anak-anak sekolah. Kakak Raisha la kesian sebab dia kelas mobile sentiasa bergerak mengikut subjek. Sekolah takde kelas untuk pelajar, pelajar akan bergerak mengikut guru subjek tersebut. Macam kita belajar IPT dulu la gitu.

Hari ni kakak Raisha ada KKQ juga sampai 3.30 petang. Kalau hari biasa sampai 4.45 petang. Selepas sekolah 2 petang tu terus stay kat sekolah je. 

Macam biasa la sahur kita sama je setiap hari. Minum-minum je. Untuk anak-anak vico ais dan performance drink orange. Cie pulak hari ni ESP Strawberry, performance drink campur dengan cinch tea.


Kalau tak minum cinch tea tu memang mengantuk la kat office awal-awal pagi. Asyik nak menguap jela. Minum cinch tea baru terang mata.

Cie makan kurma Ajwa butter pulak. Kurma sekarang memang manis-manis betul. Seram nak makan. Semalam yang Safawi tu lagi manis. Roti masih ada sebelum expired makan la dengan sambal hitam.

Lepas sahur taip dulu entri ni dan bersiap untuk hantar anak sekolah dan pergi kerja. Korang jangan lupa contest pageview blog Cie ye. Jenguk-jenguk la pagi ni lagi 4 ribu lebih je nak capai 2 juta.






Catat Ulasan

15 Ulasan

  1. Selamat berpuasa .. sahur tadi CCL blend susu dengan kurma tambah kacang almond sikit ..

    BalasPadam
  2. Selamat Berpuasa utk hari kelima.. tadi makan telur separuh masak cicah roti jer utk kami sekeluarga huhu.. semua malas nak makan nasi 😅

    BalasPadam
  3. brsahur simple je sbb kejar masa nk htr kids ke sekolah =)

    BalasPadam
  4. Selamat berpuasa hari kelima ya.
    Kurma ajwa memang mantap sungguh. Katanya lebih enak rasanya dan teksturnya pun lebih lembut, kan?

    BalasPadam
  5. Semoga dipermudahkan urusan hari ni, panjang betul jadual kakak Raisha tu 🤍 Moga tak panas sangat, kesian anak-anak puasa dan sekolah seharian... Hehe sy tgah komen blog cie sambil usha juga pv tu... kot2 kena

    BalasPadam
  6. Ammi day 1 je sahur tanpa nasi pastu makan jelah nasi sbb ada baki nasi masa berbuka. Dan setakat 5 hari ni ammi tak sahur dgn cafein. Terasa mcm wahhhh gitu.

    BalasPadam
  7. Moga anak² ok je berpuasa bila dah mula sekolah ni

    BalasPadam
  8. Semoga dipermudahkan anak-anak kita semua berpuasa..Anak buah akak ada yang masih cukup puasa dan ada yang dh bocor puasanya...

    BalasPadam
  9. ms baca entry ni sy tgk PG dah 2000697 ;-)

    BalasPadam
  10. anak2 sha sekolah petang, tapi yang abg ni sekolah kafa pagi jam 7pagi baru hantar dia..sini subuh jam 5.15 jadi banyak masa tapi lebih kepada buat kerja rumah, baru ni nak BW blog kwn2

    BalasPadam
  11. Saya sebenarnya lagi tak puasa. Tp ikut Sahur sebab tak mungkin suruh si kakak siapkan sendiri sahur nya 😅. Biasanya walaupun tak puasa, tp ikut bersahur, seharian nih memang saya tak akan makan minum juga. Anggab saja detoks badan 😁

    BalasPadam
  12. oo ada beza eh tahap kemanisan kurma... kami makan ajwa je jadi tak dapat nak compare.

    BalasPadam
  13. Beli kurma Safia tak manis sngt
    Kurma bertangkai

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.