Sunday, 19 October 2014

SOHO Idaman

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Hari Ahad yang indah. Encik suami melayan anak-anak. While puan isteri siapkan solid food Syafiyah Raisha untuk stok seminggu, cuci lauk-lauk, potong sayur. Sempat lagi buat homemade ice-cream. Hari nih nak share cerita tentang SOHO Idaman. Apa maksud SOHO tuh? SOHO ( Small Office Home Office ) nih bermaksud pejabat kecil pejabat di rumah. Atau dalam bahasa senangnya kita jalankan perniagaan dari rumah.

Semua orang mesti punyai impian untuk memiliki sebuah SOHO sendiri kat rumah. Dekorasi ikut citarasa sendiri. Termasuk la Cie memang mengidam sangat nak sebuah SOHO yang lengkap dari segala kelengkapan. Boleh berniaga dengan selesa.

SOHO sekarang pun kat dalam bilik tidur je. Mujur la ada sedikit space untuk letakkan rak stok dan plastic rack untuk isi segala flyers, slip post, plastic post, stationery dan banyak lagi la. Ruang yang kecil pun sudah memadai. Takkan nak tunggu SOHO yang selesa baru nak mula berniaga kan.

Nih la SOHO comel ku. Hihihi.


Plastic rack nih dalam tuh ada macam-macam tau.

Fail-fail berkaitan macam-macam. File untuk surat-surat dari Shaklee. Penimbang tuh pulak nak timbang berapa berat barang untuk post so senang nak cas postage kat customer.

Stok ku yang ada serba sedikit.


Plastik post yang tak muat nak letak dalam plastic rack tuh.

Kan dah cakap SOHO ku comel je. Takde meja komputer ke laptop ke. Sedangkan impian ku nak ada SOHO yang complete ada komputer atau laptop, printer, telefon, faks, mesin fotostat, rak produk, rak-rak buku dan banyak lagi la macam gambar ku korek dari google kat bawah nih.

SOHO idamanku
Cantik tak SOHO idaman ku. Memang teringin sangat nak ada SOHO camnih. Rak tepi-tepi tuh boleh letak buku-buku, stok-stok. Cantik kan ada meja kerja, kerusi, komputer. Wah memang kerja kuat kalau dapat SOHO camnih kan. Insyaallah kawan-kawan doakan Cie dapat miliki SOHO idaman Cie ye.

Ya Allah kau murahkan lah rezeki ku. Kau permudahkan lah untuk aku milik SOHO idaman ku ini. Amin.


Pengedar Shaklee Kuala Lipis dan Seluruh Malaysia
Roziah Muhammad Nor
ID: 890962
Facebook Page: Syafiyah Vita Shoppe
Instagram: syafiyahvitashoppe
0129755310 (whatsapp/wechat/telegram)

2 comments: