Resepi Sosej Sandwich

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Pagi nih prepare breakfast bihun goreng sebenarnya tapi tengok ada roti, sosej so terjadilah menu sandwich untuk lunch. Lunch malas nak makan nasi. Sempat i ols sediakan 2 jenis. Siapa kata wanita bekerjaya tak sempat nak masak? Bangun la awal sikit. Standby siap-siap apa yang perlu potong. Sayur, isi ayam, bawang. Masa nak masak just cuci dan campak dalam kuali. Mudah je kan.

Cie nak share resepi sosej sandwich yang mudah disediakan. Senang je bahan-bahan pun mudah disediakan.

Bahan-bahan Sandwich Sosej

Sosej potong nipis-nipis. Goreng sikit dengan butter atau marjerin. Boleh jugak perasakan dengan lada sulah


Cie guna roti gardenia sebab lembut sikit. Bila lewat makan pun masih lembut


Tomato nih hiris nipis-nipis


Cie guna mayonis lady's choice

Salad lettuce nih potong kecil

Cara Membuat Sandwich Sosej

Sapukan mayonis pada roti sehingga rata


Susun tomato diatas roti


Susunkan salad lettuce


Letak sosej


Letak sikit lagi mayonis. Tak letak pun takpe. Nak letak sos pun takde masalah


Akhir sekali tutup dengan roti yang disapu mayonis dan sedia untuk dipotong


Senang je kan. Mudah disediakan. Sedap pulak tuh. Selamat mencuba ^_^



Jika berminat nak mencuba sendiri PRODUK SHAKLEE boleh hubungi saya:

Pengedar Shaklee Kuala Lipis dan Seluruh Malaysia
Roziah Muhammad Nor
Double SR Enterprise ( CT 0028861-M )
ID: 890962
Instagram: syafiyahvitashoppe
Emel: syafiyahvitashoppe@yahoo.com
0129755310 (whatsapp/wechat/telegram)


Atau boleh juga hubungi PENGEDAR SHAKLEE SELURUH MALAYSIA
Share this article:

1 comment:

  1. Kabar gembira untuk kamu yang memiliki produk sandwich sebagai menu Andalan. Kini hadir Packaging Makanan yang menyediakan tipe terbarunya 1C-1111 yang didesain khusus untuk makanan apapun baik berminyak ataupun berkuah tidak masalah. Sangat Praktis digunakan.

    ReplyDelete