Mi goreng tu adik Rania habiskan malam sebelum tidur. Makaroni tu masa bangun sahur pagi tadi Cie panaskan dan kami makan sikit sorang untuk bersahur. Anak-anak biasa la 2-3 sudu je makan. Ibu pun makan sikit dan selebihnya babah habiskan.
Menu sahur utama kami sama je setiap hari. Cie je tukar Cinch Shake Salted Caramel. Selalu tukar-tukar setiap hari. Takdela jemu. Performance Drink Orange campur dengan Cinch Tea. Anak-anak PD Orange je.
Sekarang ni cuaca panas betul. Memang dahaga la. Alhamdulillah PD Orange tu sangat membantu mengurangkan rasa dahaga. Setiap kali puasa memang tak tinggal minum PD tu. Memang ada beza minum dan tak minum.
Sahur mudah dan cepat je. Masa kecik je rasa moment makan nasi semua tu. Bukan tak pernah makan nasi sahur, pernah je masa kecik dulu. Bila semakin dewasa semakin berubah keadaan kita. Ada je orang sahur minum air dan makan kurma je. Hanya kita saja yang kenal ketahanan badan kita macam mana. Kesimpulannya setiap orang tak sama. Ikut la keselesaan dan cara masing-masing.




1 Ulasan
Lama x minum PD, dulu masa masih dgn shaklee mmg amalkan PD masa bersahur
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.