Pengumuman Pemenang Contest Screenshot 2 Juta Pageview

Alhamdulillah secara rasminya blog Roziah Muhammad Nor telah mencapai 2 juta pageview hari ni 24 Februari 2026 tepat jam 8.27 pagi. 

Cie tak perasan pun masa tengah kerja tiba-tiba whatsapp masuk bagitau beliau dah berjaya screenshot ngam-ngam 2 juta ye.

Mujur la Cie buat contest so dapat la capture moment capai 2 juta tu. Kalau tak, memang tak perasan la dah capai 2 juta. Waktu pagi tadi Cie tengok masih banyak nak capai dalam ratus-ratus la.

Terima kasih kepada semua pembaca yang sentiasa menyokong, berkongsi dan menjadi follower setia. Tanpa anda, angka ini mustahil untuk dicapai.

Seperti yang diumumkan sebelum ini, satu contest khas telah dibuka kepada pembaca yang berjaya membuat screenshot dalam julat 2,000,000 – 2,000,010 pageview.

Dan pemenangnya ialah…



Tahniah kerana berjaya menghantar screenshot yang sah dalam julat yang ditetapkan serta memenuhi semua syarat contest. Screenshot telah disahkan dan hadiah telah pun Cie klik-klik tunggu sampai depan rumah je ye.




Cie sebenarnya ada 2 pemenang. Beliau menghantar juga penyertaan dengan pageview 2,000,007 dan terus memberikan details. 


So why not Cie bagi jugak penghargaan di atas kesudian blogger NA untuk join contest. Jarang nampak NA komen di blog Cie. Hadiah pun dah klik tunggu sampai je ye.


2 Juta Pageview Bukan Sekadar Angka

Setiap klik, setiap bacaan, setiap perkongsian anda menyumbang kepada pencapaian ini. Terima kasih semua rakan blogger yang dikasihi.


Catat Ulasan

24 Ulasan

  1. Tahniah capai 2m pv
    Tahniah juga kepada penyecreenshoot yang tepat

    BalasPadam
  2. Tahniah kepada pemenang..Linda bab² sekirinshot PV ni, memang selalu gagal lah..hahaha

    BalasPadam
  3. Hah? Dah ada pemenang? Baru nak try.... huhuhu

    BalasPadam
  4. Banyakkannya..terbaik..blog mencurah rezeki Saham Akhirat bersedekah juga namanya tu ya..

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  6. tahniah CCL..tahniah tuan tanah dapat view sebanyak itu..ala sha baru nak try hihi...

    BalasPadam
  7. Laju juga. Mula-mula dapat kurang 1 lepas itu terlebih 7.
    Tq.

    BalasPadam
  8. Tahniah cie dan ccl. Akak bab skrinshot ni memang fail. Tapi kita tetap sokong blog cie. Chaiyok chaiyok. Road to 3 juta pv pulak.

    BalasPadam
  9. Eh eh dah 2 juta... tahniah cie, tahniah CCL... br nk follow up hari ni dh terlambat... hehehe

    BalasPadam
  10. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  11. tahniah yg dpt capture tepat 2 juta

    BalasPadam
  12. Tahniah CCL & tahniah Cie telah mencapat 2mil pageview.

    BalasPadam
  13. Waktu saya masuk, lambat lagi pagi semalam, ada puluh-puluh. Tahniah pada CCL dan NA. CCL tengah bom komen tu, rezeki la.. 😁👏👏

    BalasPadam
  14. Alhamdulillah tahniah.... mmg bertuah dapat ngam2 tu...

    BalasPadam
  15. Tahniah Cie kerana telah mencapai PV 2 juta. Semoga terus semangat hendak update blog ye. Tahniah juga kepada pemenangnya Cik Capucino.

    BalasPadam
  16. Congrats utk kak CCL dan kak NA 🎉🎉🎉🎉. Rezeki Ramadhan yaa ☺️

    BalasPadam
  17. Alhamdulillah .. speechless .. sebab CCL first time menang untuk contest screenshot Pageview nie ..

    Btw banner tue cantik laa.. meriahhh

    BalasPadam
  18. Fuhh power CCL ni, dia SS ngam2 angka 2 juta tu. Tahniah!

    Tahniah jugak buat kak cie

    BalasPadam
  19. Tahniah Cie mencapai 1 M page view dan tahniah juga Cik Cappuccino menjadi pemenangnya.

    BalasPadam
  20. congrats cie and congrats to both winners! terbaek laaa

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.