Menu Berbuka 6 Ramadan 1447H

Hari ni pinggang Cie dah bertambah baik. Malam tadi makan ubat tahan sakit. Bangun pagi tadi Alhamdulillah bertambah baik. Ada Ammi dan Uncle Gedek suggest makan panadol extend kan, takde panadol tu kat rumah. Malas nak singgah farmasi. Lagipun dah semakin ok ni.

Balik kerja tadi macam biasa solat dulu dan terus masuk dapur. Hari ni balik awal scan out 4.32 petang tadi. Geram dengan mesin fotostat tu ada problem sejam dah tunggu technician contact sampai Cie dah keluar office baru dia call. Dah tergendala kerja kita nak cepat. Ada error misfeed tapi dah check takde apa pun. Esok la pulak tunggu technician tu call.

Mujur la puasa ni banyak bersabar. Marah-marah pun tak selesai masalah. Baik kita masak menu berbuka untuk 6 Ramadan ni.


Cie masak gulai masam tempoyak ikan patin (patin tempoyak). Kami di kampung area Lipis memang panggil gulai masam ikan patin. Orang luar biasa panggil patin masak tempoyak kan. Terlalu bandar tu. Hihi. Cie letak jugak daun kesum dan belimbing buluh.

Bahagian kepala dan ekor je Cie buat gulai. Isi pulak Cie buat goreng je. Gaul serbuk kunyit dan garam je lepas tu goreng sampai garing. Ada orang tak biasa kan patin goreng ni. Sedap jugak goreng.

Cie tambah juga telur dadar. Macam sikit pulak ikan tu kan. Tu yang Cie tambah telur dadae hancur. Jadi la 2 jenis lauk.

Sayur pulak buncis goreng kicap. Memang ngam kacang buncis makan dengan gulai tempoyak. Macam banyak pulak buncis tu. Kena ratah jela kang. Cie dan Faiz je makan buncis.

Sambal pulak tumbuk cili padi, ikan bilis dan belimbing buluh. Adik Rania yang tukang tumbuk tadi. Sedap sambal ni. Dulu mak selalu buat masa kecik. Makan dengan nasi panas memang sedap.

Buah sama je epal merah dan limau tempatan. Limau tu jiran bagi banyak. Lebih 10 biji kot. Sehari 1-2 biji je makan waktu berbuka tu yang lambat habis. Nanti nak makan baru letak asam boi.


Kuih tu Faiz la yang beli. Dia je suka beli kuih muih. Cara berlauk dan karipap. Cie risau takut basi macam martabak semalam tu. Kuih kalau berinti elakkan la beli sebab inti tu peniaga buat awal, so bila awal kemungkinan untuk basi tu ada. 

Cie ni nak turunkan berat banyak ni jadinya nak elak la makan kuih muih ni. Setakat rasa sikit gitu boleh la. Kalau idok lambat berat turun ni. Dapat 2-3 kilo sepanjang Ramadan ni pun ok la. Lepas puasa nanti nak turunkan lagi. 


Catat Ulasan

14 Ulasan

  1. Akk suka ikan patin goreng 😋
    Kami pun makan limau juga berbuka tadi. Habiskan stok limau CNY

    BalasPadam
  2. Semoga berjaya turunkan berat badan nya...

    BalasPadam
  3. Rasa nak datang makan ja..selamat berbuka puasa..

    BalasPadam
  4. selamat berbuka puasa, wah meriah menu nya..telur dadar tu wajib ada ya hihi

    BalasPadam
  5. Rindunya nak makan patin tempoyak. Kita ada stok tempoyak, tapi ikan patin tak ada pula, jarang ada di LD.

    BalasPadam
  6. sedap tu menu gulai ikan patin...kita br pandai mkn menu ikan patin

    BalasPadam
  7. Akak dah beli tempoyak dan ikan patin, tapi buat nya belum lagi.. masa teringin tu cepat-cepat beli tapi sekarang mood nak masak tempoyak ni belum sampai.

    BalasPadam
  8. Moga dah sembuh sepenuhnya. Sedapnya gulai masam tu.

    BalasPadam
  9. Saya pun dah niat mau mengurangi macam2 gorengan ini kak. Hari ini terlebih banyak juga makan gorengan. Padahal sedang tak puasa. Sebab ada yg bagi, jadi nya langsung merasa sayang pula kalau tak makan. Mubazir 😅😅. Tp jadi over kalori.

    BalasPadam
  10. Kuih cara berlauk tu sedap .. CCL bulan puasa ni dah dua kali beli ..

    BalasPadam
  11. Sedapnya gulai tempoyak patin! Ni kalau makan kenyanh tersandar haha.
    Menu2 sampingan pun sedap. Meriah sungguh

    BalasPadam
  12. MZ dh ke laut plak diet nya ni sbb start semlm dh 'ABC' plakkk so ari ni mkn kuih dan dessert yg mr hubby beli kat bazar ramadan

    BalasPadam
  13. Sedapnya tempoyakk
    Rumah ni tk pernah masak tempoyak. Beli ajer senang hehe

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.