Shopping Di IOI Mall City 16 Februari 2026

Lepas settle beli baju raya di Bangi Sentral kami terus bergerak ke IOI City Mall untuk shopping la hajatnya. Sampai di situ jenuh pusing cari parking. Ramai betul orang shopping di situ.


Bila dah dapat parking terus masuk ke mall. Tempat pertama dituju Brands Outlet hajatnya nak la beli sehelai 2 baju tapi takde yang berkenan di hati. Dapat untuk anak-anak je long sleeve tshirt 2 helai seorang.


Queue kemain panjang kat kaunter nak bayar tu. Crowded sangat dengan orang yang shopping raya agaknya. Cie dah malas nak bersesak mencari. Tu yang beli untuk anak-anak jela dah takde sangat baju nak pakai. Budak-budak cepat membesar. Kita ni ada je baju cuma spesis nak menambah je. So takdela keperluan nak sangat beli.

Lepas dah settle kat BO tu, Faiz nak cari seluar kat Parkson. Takde pulak yang berkenan di hati dia. Cie dah malas nak ke mana-mana dah. Kaki dah sakit banyak berjalan kat Bangi Sentral tu. Energy pun dah drain so keinginan nak shopping pun drain juga.

Cie cakap kita cari makan jela terus. Masa tu dah 6 lebih. Senang la nanti keluar mall terus gerak balik dan singgah solat je. Tanya anak-anak nak makan apa Kenny Rogers ke Nando’s. Anak-anak pilih Nando’s sebab kami tak pernah makan di Nando’s. Selalunya kat KR je. Nanti Cie cerita kat entri lain.

Lepas siap makan di Nando’s, singgah Beryl’s kejap nak membeli coklat. Takdela murah pun. Beryl’s classic tu murah 0.50 je dari yang jual kat 7E Cafe tu. 


Siap membeli coklat kami terus mencari parking. Faham-faham jela kan bila masuk mall gedabak besar ni kesusahan mencari parking tu memang berlaku la. Masa sampai naik ikut lain, bila nak turun ikut lain. Jadinya menapak la kita mencari parking. Jauh jugak menapak bertambah la steps ribu-ribu secara tak sengaja brisk walk dalam mall.

Dapat masuk kereta rasa lega kaki. Keluar dari mall 7 lebih. Singgah solat je tak ingat kat mana. Sepanjang jalan nak balik tu meriah bunga api malam tahun baru cina kan. Sampai rumah lebih kurang 10 lebih. Hujan sepanjang perjalanan dan kereta banyak cuma tak jem je.

Sampai simpang taman Cie tengok ada accident. 3 biji kereta. Tak teruk sangat rasanya macam sikit je. Habis bumper depan gitu je. Ada la jugak polis kami tak berenti la terus naik bukit rumah. 


Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Coklat beryls tu memang menjadi pilihan CCL .. lagi² tiramisu tue .. in love sangat

    BalasPadam
  2. Berkenan dengan coklat 🍫Memang penat juga shopping terutamanya ramai orang.

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.