Biasa masak 2 cawan habis je 4 orang makan. 3 orang makan masak 1 setengah cawan tak habis. Adik Rania makan pun tak bertambah. Tu yang ada lebih kot. Banyak minum air je. Hari pertama sekolah di bulan puasa, cuaca panas pulak tu.
Siap berbuka tengok ada lebihan nasi terus plan masak nasi goreng jela untuk sahur. Panaskan minyak dan butter je lepas tu tumis bawang putih dan bawang besar blend. Masukkan nasi je. Siap.
Tak habis 2 beradik tu makan walaupun sikit je pun nasi tu. Duk terkuis-kuis je nak habiskan. Akhirnya babah la tukang habiskan. Ibu memang tak makan nasi sahur. Tu la sebabnya rumah ni takde menu nasi memang anak-anak tak selera makan awal pagi.
Bila dah habis makan tu baru teringat la lupa letak garam. Hahahah. Adik Rania cakap ok je takdela tawar. Maybe sebab tumis guna butter dan minyak lebihan goreng ayam. Masak awal pagi gitu la nak cepat pun ye sampai terlupa.
Air sahur sama je macam semalam. Cuma Cie tu bancuh ESP Coklat hari ni. Cie ada 3 flavour protein shake Shaklee boleh la bergilir setiap hari takdela jemu. Ada ESP Coklat, ESP Strawberrry dan Cinch Coklat.
Performance Drink ada 2 flavour orange dan lemon lime. Cie sempat grab orange je 2 canister. Lemon lime awal-awal dah sold out. Tahun sebelum ni memang standby 2 flavour boleh gilir-gilir. Tahun ni satu jela. Cie campur dengan Cinch Tea.
Lupa menjawab ada yang tanya Cinch Tea tu rasa apa. Rasa teh kosong je tapi tak pahit langsung. Dalam tu ada green tea matcha dan beberapa jenis tea lagi.
Selesai bersahur 6 Ramadan boleh la mengarang entri ni sementara menunggu waktu subuh.



2 Ulasan
Bestnya tak makan nasi waktu sahur... Sy pun prefer makan kurma dan air ja waktu sahur.. Cuma lau ada husband kdg masak2 juga nasi.. Selamat berpuasa..
BalasPadamso far kami belum lg bersahur dgn nasi goreng, sy 2x dah masak time sahur, kalau tahun lepas hampir setiap hari nasi goreng, tukar² variasi nasi goreng
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.