Menu Berbuka 5 Ramadan 1447H

Pagi tadi sakit pinggang membawak sampai ke petang. Taktau la kenapa dan mengapa ni. Duduk lama, bila bangun memang sakit. Kalau tunduk tu denyut-denyut kat pinggang. Jalan pun sakit. Tadi tampal salonpas tu lega sikit.

Tadi ingat nak pergi jumpa doktor tapi malas pulak nak menapak dari office ke OPD (outpatient department). Dah la panas terik sangat hari ni. Tahan jela sakit. Kalau tak ok lagi esok jela serah diri.


Walaupun sakit pinggang tetap la masak menu berbuka anak-anak request nak ayam goreng kicap letak kentang. Tu jela 1 menu Cie masak. Sambil menahan sakit pinggang siap jugak.

Ulam timun, salad dan kacang panjang je. Sambal penyet dan sambal hitam pun ada cukup la untuk menu berbuka 5 Ramadan ni. 

Buah pulak epal merah dan limau. Limau tu jiran bagi. Dia balik dari kampung di Kelantan hari Sabtu tu dia bagi 1 plastik.


Faiz beli martabak jugak tu tadi. Tapi tu la bau macam nak basi je. Dia beli depan sekolah kakak pukul 3.30 petang lepas ambil kakak Raisha habis kelas KKQ tadi. Kalau ikutkan keselamatan makanan tak boleh makan kalau makanan dah lebih 4 jam. Entahla tu kang masih ok ke tak.

Faiz memang jenis suka membeli kuih muih kalau puasa. Hari pertama je dia tak beli. Hari seterusnya tu setiap hari la dia membeli. Cie pulak memang tak suka sebab duk fikir orang tu prepare awal. Entah-entah segala bakteria dah ada dalam makanan tu. Nanti takut keracunan makanan.

Cie ni jaga makanan pesakit hospital memang tau la segala prosedur keselamatan makanan ni. Orang berniaga jarang ambil tau bab ni. Yang penting jual orang beli.

Faiz berbuka di surau taman hari ni. Cie berbuka dengan anak-anak jela. Lebih suka berbuka di rumah. Lagi-lagi sakit pinggang ni memang malas la. Lepas masak mandi, terus berbaring luruskan pinggang. Nak pusing kiri kanan pun sakit. Ujian bulan Ramadan.

P/S: korang jangan lupa tau contest screenshot pageview 2 juta Cie dah hampir-hampir ni. Setakat ni dah 1,997,429 dah. 




Catat Ulasan

0 Ulasan