16 Februari yang lepas Cie ke Bangi Sentral untuk membeli baju raya. Dah alang-alang waktu pun dah masuk tengahari Cie ajak makan dulu la senang nanti takdela kelaparan nak cari baju mesti lama.
Lepas dapat parking terus la kami ke Mee Tarik Warisan Asli. Satu-satu nya kedai makan yang ada sebaris dengan butik-butik pakaian tu. Adik Rania dah risau halal ke ni ibu, macam cina je ni. Takde orang makan pun. Dia dah risau. Terpampang sijil halal kat pintu tu adik oi.
Cie pun pertama kali nak mencuba mee tarik. Kedai kosong masa kami masuk tu takde orang. Sijil halal terpampang di pintu masuk jadi takdela risau. Pekerjanya cina muslim kot.
Menu dan kertas order dah disediakan di atas meja so boleh terus tulis order sendiri. Bila dah siap tu boleh panggil pekerja. Cie pun dah lupa apa nama menu kami order tu.
Anak-anak share je menu nasi goreng kari ayam. Katanya masih kenyang. Tak sangka pulak portion mee tarik tu banyak betul. Jenuh nak habiskan. Adik Rania rasa jugak mee tarik kami, kakak Raisha taknak rasa.
Bagi Cie sedap la jugak mee tarik ni. Cukup rasa semuanya. Mee tu pun kenyal je. Makan dengan garlic oil tu memang ngam la.
Harga berapa entahla tak tanya Faiz berapa. Tak ingat jugak rasanya takde resit. Kami dah nak siap makan baru la ada 1 family masuk untuk makan di situ.










4 Ulasan
Saya pernah makan sini, tapi tk igt rasanya. Sbb lebih suka makan kat mee tarik yahya depan sikit dri area bangi sentral tu. Situ harga murah siap sekali ngn air
BalasPadamFuhhh 🤤 Mee tarik makan dengan garlic oil memang padu!
BalasPadamkat my area pun ada restoran ni..kdg2 kami singgah jugak mkn2 kat sini :) sedap jer!
BalasPadamTerus terbayang kenyal mee tarik tu, mesti sedap makan panas-panas.. Portion banyak memang puas hati, siap boleh share ramai-ramai!
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.