Harapnya tak la panas sangat hari ni kesian kat anak-anak sekolah. Kakak Raisha la kesian sebab dia kelas mobile sentiasa bergerak mengikut subjek. Sekolah takde kelas untuk pelajar, pelajar akan bergerak mengikut guru subjek tersebut. Macam kita belajar IPT dulu la gitu.
Hari ni kakak Raisha ada KKQ juga sampai 3.30 petang. Kalau hari biasa sampai 4.45 petang. Selepas sekolah 2 petang tu terus stay kat sekolah je.
Macam biasa la sahur kita sama je setiap hari. Minum-minum je. Untuk anak-anak vico ais dan performance drink orange. Cie pulak hari ni ESP Strawberry, performance drink campur dengan cinch tea.
Kalau tak minum cinch tea tu memang mengantuk la kat office awal-awal pagi. Asyik nak menguap jela. Minum cinch tea baru terang mata.
Cie makan kurma Ajwa butter pulak. Kurma sekarang memang manis-manis betul. Seram nak makan. Semalam yang Safawi tu lagi manis. Roti masih ada sebelum expired makan la dengan sambal hitam.
Lepas sahur taip dulu entri ni dan bersiap untuk hantar anak sekolah dan pergi kerja. Korang jangan lupa contest pageview blog Cie ye. Jenguk-jenguk la pagi ni lagi 4 ribu lebih je nak capai 2 juta.


1 Ulasan
Selamat berpuasa .. sahur tadi CCL blend susu dengan kurma tambah kacang almond sikit ..
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.