Sebelum keluar dari IOI City Mall Cie ajak dinner terus je senang nanti tak perlu singgah cari kedai makan dah. Dalam mall banyak sikit pilihan. Tanya anak nak makan di Kenny Rogers ke Nando’s? Anak-anak pilih Nando’s sebab nak cuba. Selalu makan KR je so kali ni nak try Nando’s pulak.
Masuk Nando’s kami diberikan tempat oleh pelayan. Terus duduk dan scan QR untuk pilih menu. Kami ambil set je senang semua sekali dah ada dalam tu. Regular sides pun ada 5 boleh pilih. Air pun boleh refill. Boleh pilih nak dessert atau soup. Adik Rania nak mochi.
5 side dish tu Cie pilih:
Kami duduk dekat dengan tempat air jadi senang la nak ambil air. Boleh je pilih nak air apa ada banyak pilihan coca-cola, coke zero sugar, sprite, heaven and earth lemon tea dan minute maid refresh orange. Refill jela sebanyak mana kita nak. Ice pun ada sekali kat situ.
Sos pun ada banyak pilihan. Pilih je nak sos apa. Sos nya bukan jenis pedas. Masam masam je semua. Untuk pertama kali makan ni kira sedap la.
Anak-anak cakap best kat Nando’s lagi dari KR. Walaupun dah banyak kali makan KR dari anak-anak kecil lagi nampaknya selepas ni macam dah bertukar selera anak-anak.
Selesai dah entri 16 Februari 2026 yang lepas seharian dari service kereta di Bentong, beli baju raya di Bangi Sentral, shopping di IOI City Mall dan dinner di Nando’s IOI City Mall.






3 Ulasan
Sukaaa sangat Nandos, sebab perapan dan sos yang tak sama dengan yang lain, lama pulak tak makan
BalasPadamNandos kegemaran anak sulung saya ni. Kalau pi KLIA2 mesti singgah.
BalasPadamSeronoknya dinner di Nando's, anak-anak pun nampak enjoy dengan pilihan menu yang ada.
BalasPadamSet menu dengan side dish banyak tu memang puas hati, lagi-lagi boleh refill air 😋
Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.