Menu Sahur 7 Ramadan 1447H

Seminggu dah kita berpuasa. Sekejap je masa berlalu. Nanti tiba-tiba eh dah raya. Semalam dekat nak masuk waktu berbuka jiran whatsapp ada bagi makanan atas gate. Adik Rania pun ambil. Jiran bagi macaroni bakar dan mi goreng.

Mi goreng tu adik Rania habiskan malam sebelum tidur. Makaroni tu masa bangun sahur pagi tadi Cie panaskan dan kami makan sikit sorang untuk bersahur. Anak-anak biasa la 2-3 sudu je makan. Ibu pun makan sikit dan selebihnya babah habiskan.




Menu sahur utama kami sama je setiap hari. Cie je tukar Cinch Shake Salted Caramel. Selalu tukar-tukar setiap hari. Takdela jemu. Performance Drink Orange campur dengan Cinch Tea. Anak-anak PD Orange je. 

Sekarang ni cuaca panas betul. Memang dahaga la. Alhamdulillah PD Orange tu sangat membantu mengurangkan rasa dahaga. Setiap kali puasa memang tak tinggal minum PD tu. Memang ada beza minum dan tak minum.

Sahur mudah dan cepat je. Masa kecik je rasa moment makan nasi semua tu. Bukan tak pernah makan nasi sahur, pernah je masa kecik dulu. Bila semakin dewasa semakin berubah keadaan kita. Ada je orang sahur minum air dan makan kurma je. Hanya kita saja yang kenal ketahanan badan kita macam mana. Kesimpulannya setiap orang tak sama. Ikut la keselesaan dan cara masing-masing.




Catat Ulasan

19 Ulasan

  1. Lama x minum PD, dulu masa masih dgn shaklee mmg amalkan PD masa bersahur

    BalasPadam
  2. Betul tu.. ikut badan tahan camne dengan apa yang kita makan waktu sahur. Akak kalau puasa sunat memang minum air kosong je. Itu pun letak sebelah katil sebab nak senang tinggal teguk je. Bila puasa Ramadhan ni, kenalah bangun sediakan makanan untuk anak-anak.

    BalasPadam
  3. Haah tahun lepas sahur air dan kurma. Tahun ini pula sahur nasi.
    Masa kecil-kecil tidak lalu makan nasi masa sahur. Berubah-ubah.

    BalasPadam
  4. Bestnya dpt brsahur simple mcm ni =)

    BalasPadam
  5. Akk time sahur ni tak kisah sgt makan nasi atau tak, janji waktu berbuka kena makan nasi.
    Makaroni tu nmpk sedap...

    BalasPadam
  6. mee goreng tu nampak sedap basah2 gitu.. ^^

    BalasPadam
  7. Dah tak tahu nak masak apa untuk sahur dan berbuka. huu huuhuu

    BalasPadam
  8. Betul kejap je masa kan. Rezeki macaroni bakar.

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah, seminggu berpuasa dah… memang cepat masa berlalu 😊
    Baiknya jiran bagi makanan, rezeki berkongsi macam ni...

    BalasPadam
  10. Kak SA sahur mesti makan nasi...x boleh x makan nasi...Gigil badan nanti...tp skrg dh umur2 ni, x kuat makan pun...

    BalasPadam
  11. Dah puasa ke 7 ..badan semakin serasi..ringan ja badan tau..solat pun ringan..

    BalasPadam
  12. Betuuuul. Saat masih tinggal dengan orangtua, saya pun selalu sahur komplit. Apalagi mama memang suka masak. Tp setelah jauh dari mereka, saya mulai hanya minum air saja kalau sahur.

    Eh setelah menikah, suami ternyata tak bisa kalau tak makan... Jadinya mau tak mau, tetap bangun dan prepare.

    BalasPadam
  13. penah try sahur mkn kurma dan air kosong...
    tp tu laa pukul 10 pagi dah krukkk krukk
    laa ni minum air kosong je... tak ada pula krukk kruuk nya hahaha

    BalasPadam
  14. Tula lain org lain cara
    Perut pon lain2 hehe

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.