Kakak Raisha join sekali puasa sementara masih cuti sekolah ni. Cuaca panas sangat sekarang ni. Memang cepat dahaga. Tu yang kakak Raisha nak puasa waktu cuti sekolah je. Sempat la puasa beberapa hari sebelum buka sekolah. Nanti weekend jela boleh puasa.
Kakak Raisha request nak makan tomyam. Ayam dan perencah je ada. Cie pun whatsapp la Faiz mintak dia belikan cendawan tiram, kobis bunga, carrot, tomato. Sayur takde mintak Faiz belikan timun jepun je.
Nanti weekend la baru restock groceries. Ayam memang beli terus minggu lepas. Sayur je tak beli, sayur yang ada Cie bawak balik kampung hari tu takut tak fresh dah simpan lama-lama.
Selain tomyam, Cie masak jugak telur dadar. Menu yang paling ngam bila masak tomyam. Ulam timun pun dah cukup la. Cuma buah je takde. Lupa nak pesan kat Faiz. Kalau tak pesan memang tak beli la.


0 Ulasan
Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.