Kakak Raisha sorang je puasa. Buatkan air sahur kakak Raisha lepas tu terus Cie buat breakfast sekali lunch untuk adik Rania. Cie masak nasi goreng telur dan bihun goreng.
Ada leftover nasi dan bihun. Malam tadi Cie masak nasi dan tomyam. Ada leftover nasi sikit sebabnya Faiz makan sikit je nasi. Lepas Maghrib dia ke rumah AJK surau ada jamuan raya.
Dah lepas Magrib tu baru Faiz bagitau abang ipar dan biras Cie nak datang beraya. Takkan nak hidang kuih raya je kan jadi tak sedap la. Cie pun celur bihun. Tambah bahan tomyam ada lagi sikit.
Mereka tak makan banyak pun. Ada la leftover bihun dan nasi. Kami makan pulak bihun tomyam lepas mereka balik. Faiz makan nasi dan bihun tomyam. Tetap ada leftover nasi dan bihun untuk sorang makan. Tu yang jadi Cie masak breakfast adik Rania pagi tadi.
Cie dah start kerja hari ni. Buat IF je malas nak breakfast. Balik lunch tadi ada sikit lagi bihun goreng. Cie pun habiskan jela adik Rania taknak makan dah. Makan jugak kuih raya yang ada. Kita hidang kita juga la yang makan kan.
Ada jugak yang tanya Cie tak buat open house ke. Rasanya malas nak buat tahun ni. Kalau ada yang request nak beraya boleh je Cie masak.
Sunyi sepi je masuk kerja hari ni. Parking pun banyak kosong. Ramai lagi yang cuti seminggu ni agaknya. Cie ni sebab takde ke mana-mana jadinya kerja jela Khamis-Jumaat je. Boleh jimat cuti. Sabtu Ahad nanti cuti lagi.
Macam biasa ngam 4.30 petang cabut balik dah. Takde mood nak berlama-lama kat office. Mood raya lagi.


1 Ulasan
Dot dot masa sahur ok lagi. Pernah dot dot lagi berapa minit nak bukak puasa. Huwaa.....
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.