Majlis mula 8 malam. Tepat 8 malam kami datang. Sejenis segan kalau orang ramai. Jalan kaki jela depan rumah kan. Cie pun pakai simple je sarung jubah, tudung pun tak iron. Tepek bedak je sikit. Malas betul la nak bersiap bagai.
Gambar lepas balik makan open house. Liptint pun dah hilang.
Kakak Raisha kan puasa jadinya tadi berbuka ayam gunting yang babah dia beli petang tadi untuk adik Rania. Makan menu raya kat rumah jiran jela.
Banyak menu rumah terbuka jiran. Ada nasi goreng, mi goreng, spageti, bihun goreng, cheezy wedges, sosej, kuih muih, kambing golek, ayam golek, coleslaw. Kambing akikah anak buah jiran.
Air pun ada beberapa jenis ada sirap selasih, soda herbs, sejenis lagi taktau air apa, air panas pun ada. Cie tak ambil la gambar buffet tu segan. Hihi. Cie ambil gambar makanan yang Cie ambil je.
Siap makan bersalam dengan tuan rumah dan mintak diri balik dulu. Masa kami tengah makan dah makin ramai tetamu yang datang. Tu makan cepat-cepat terus balik je.


0 Ulasan
Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.