Monday, 9 March 2015

Rest House Bukit Residen

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Alhamdulillah berjaya jugak habiskan puasa ganti untuk hari pertama. Yang paling best sebab husband cuti hari nih so dia ajak berbuka kat luar sebelum dia gerak balik. Thank you so much husband.

Semua pakat takmau pandang kamera. Huhu.

Adik dah pandang. Kakak tak jugak pandang.

Nih angkat baju ikut babah dia selalu angkat baju. Duk tengok orang sebelah.

Kusyuk makan laici.


So husband decide nak berbuka kat Rest House Bukit Residen. Elok je sampai situ terus azan Maghrib dah. Minum air masak jela dulu. Masuk kedai terus order. Orang nak berbuka la order kan. Hihi.

Ok ibu decide nak makan nasi putih, ikan siakap 3 rasa, sayur kailan ikan masin. Babah add on telur dadar. Menu yang tak pernah ditinggal. Sambal belacan pun babah add on. Air pulak babah order fresh orange while ibu just order laici sebab kakak cakap nak minum laici. Tapi malangnya laici dah habis baru perasan ada semut dalam air. Terus mintak tukar ganti air tembikai. Kesian minum air semut.

Ikan siakap 3 rasa

Kailan ikan masin


Alhamdulillah kenyang dah. Telur dadar sampai lewat tak sempat nak snap dah. Hihi. Kalau korang datang ke Kuala Lipis nih try la makan kat sini. Sedap masakan kat sini. Dulu selalu makan kat sini. Sejak dah beranak 2 nih kurang dah.




Jika berminat nak mencuba sendiri PRODUK SHAKLEE boleh hubungi saya:

Pengedar Shaklee Kuala Lipis dan Seluruh Malaysia
Roziah Muhammad Nor
Double SR Enterprise ( CT 0028861-M )
ID: 890962
Instagram: syafiyahvitashoppe
Emel: syafiyahvitashoppe@yahoo.com
0129755310 (whatsapp/wechat/sms)

No comments:

Post a Comment