Solat Sunat Dhuha 12 Rakaat - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Wednesday 30 November 2016

Solat Sunat Dhuha 12 Rakaat

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Alhamdulillah hari ni dapat buat solat sunat dhuha 12 rakaat. Selalu dapat buat 6 rakaat pun jarang-jarang. Paling banyak 4 rakaat jela kalau hari bekerja. Kadang-kadang rasa macam tak syok pulak kan. Tapi boleh je ambil masa bekerja dan ganti semula bila kita ada masa. Cie selalu ganti waktu masuk kerja awal sikit dari waktu bekerja. Waktu rehat memang kat office je so ganti jela waktu tu.



Kebetulan hari ni kakak kena cirit birit dari pukul 5 pagi tadi dia tak tidur sangat. Asyik ulang kat toilet je. Kesian pulak kalau nak hantar rumah pengasuh jugak kan. Time anak-anak tak sihat mereka perlukan ibu. Ada hikmahnya cuti hari ni so dapat buat solat sunat dhuha 12 rakaat.

Sebelum kenal Shaklee memang tak pernah buat pun solat sunat dhuha ni. Yang paling teruk tak tau pun cara nak solat sunat dhuha dan tak tau langsung fadilat mengerjakan solat ni. Ya Allah betapa jahilnya hamba mu ini. Asbab mengenali Shaklee baru lah Cie mendalami solat sunat.

FADHILAT DAN KELEBIHAN SOLAT SUNAT DHUHA

Bersyukur

Solat sunat dhuha ni sebenarnya sebagai platform untuk kita bersyukur kepada Allah SWT. Bersyukur dengan apa yang Allah telah berikan kepada kita. Setiap anggota badan kita bersujud kepada Allah.

Magnet Rezeki

Solat sunat dhuha ni merupakan magnet rezeki. Dengan menunaikan solat dhuha, Allah akan mencukupkan keperluan setiap hambanya. Solat sunat dhuha dilakukan pada waktu pagi. Waktu dimana rezeki mula diagihkan. MasyaAllah hebat sungguh kuasa Allah. Kadang-kadang kita alpa. Selepas subuh terus sambung tidur. Sombongnya kita dengan Allah. Allah nak bagi rezeki tapi kita tidur pulak.

Ganjaran Pahala

Pahala solat sunat dhuha sebenarnya sama dengan pahala mengerjakan umrah dan haji. Allahu Akhbar. Baiknya Allah. Walaupun kita tak berkemampuan atau berkesempatan mengerjakan umrah mahupun haji tapi Allah bagi pahala sama sahaja. Betapa rugi kalau kita tak mengerjakan solat sunat dhuha ni.

Ganjaran Syurga

Dalam mengerjakan solat sunat dhuha ni eloklah diamalkan secara istiqamah. Allah akan memberikan ganjaran syurga buat mereka yang beruntung ni. Bukan tu je tau. Allah sediakan pula pintu khas untuk masuk syurga. Betapa dimuliakan orang yang mengamalkan solat sunat dhuha ni.

Terlepas Seksa Api Neraka

Apabila kita mengerjakan solat dhuha maka Allah mengharamkan api neraka untuk menyentuh atau membakar tubuh kita. MasyaAllah besar sangat fadhilat solat sunat dhuha ni. Betapa Allah muliakan barangsiapa yang mengerjakan solat sunat dhuha ni. Allah Maha Mengasihani.


Sebenarnya banyak lagi fadhilat dan kelebihan solat sunat dhuha ni. Rasa bersyukur sangat berpeluang untuk mengerjakan solat sunat dhuha ni. Semoga terus istiqamah untuk mengerjakan solat sunat dhuha ni. Begitu besar ganjaran Allah janjikan untuk kita.





No comments:

Post a Comment