3
Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Teringin sangat nak makan kek mentega. Kebetulan dalam fridge memang ada seketul mentega. Maka gigih la daku keluarkan mixer. Terjadilah kek mentega yang sedap dan lembut. Senang je tau nak buat. 


Bahan-bahan Kek Mentega

250 gm butter
180 gm gula
4 biji telur
4 sudu besar susu low fat
210 gm tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
2 sudu besar serbuk coklat

Cara Membuat Kek Mentega

1. Pukul mentega dan gula hingga kembang dan putih.
2. Sementara itu ayak tepung dan baking powder.
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Masukkan pula susu low fat sedikit demi sedikit. Putar seminit je. Lepas tu off mixer.
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau rata.
5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. 1 bahagian dibiarkan kosong. 1 bahagian lagi kacau dengan serbuk coklat.
6. Masukkan adunan ke dalam foil containers.
7. Bakar pada suhu 180°c selama 40 minit.

Untuk resepi ni boleh juga buat kek marble. Nak letak pewarna pun boleh. Nak biar kosong pun boleh. Terpulang pada selera anda. Cie ni sebab kebetulan ada serbuk coklat tu yang letak. Pewarna takde. Guna apa yang ada jela.

Selamat mencuba ye.

Post a Comment Blogger

  1. Boleh cuba nanti buat.

    Selalu beli je. Huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat la senang je. buat sendiri puas makan =p~

      Delete
  2. Mak CCL selalu buat kek mentega ni .sedap

    ReplyDelete

 
Top