3 Syawal 1447H

Cepat sangat masa berlalu. 3 Syawal 1447H, 23 Mac 2026 Cie masih di kampung. Seawal pagi Cie dan kakak Cie masak menu breakfast dulu. 3 Syawal takde plan masak menu raya sebabnya kami nak berjalan pulak. 


Selepas siap sarapan kami bertahlil di kubur arwah mak dan ayah. Abang ipar Cie yang pimpin bacaan tahlil. Hari ketiga baru dapat ziarah pusara mak ayah.



Balik dari kubur terus kami bersiap nak ke rumah makcik di kampung tu jugak dan makcik di Felda Tersang 3

Tema raya ke 3 warna maroon. Baju raya tahun lepas je Cie pakai. Belikan baju baru untuk anak-anak je. Masa beli tu kata maroon tapi bila sampai macam merah je. Hentam jela. Faiz pakai baju tahun lepas jugak. Tapi tu la takde dah gambar berempat.


Mulanya ke rumah Atih. Makcik Cie yang ada di kampung tu. Atih ni adik mak sebapa, berlainan ibu. Tepi rumah Atih tu cantik view.



Sepupu Cie masak mi kari. Cie tak makan pun mi kari sebabnya raya pertama tu dah makan mi kari di rumah abang ipar. Raya kedua pulak makan mi kari di rumah awek anak buah. Rasa tak lalu dah nak menelan. Cie makan kuih raya je.

Lepas bersalaman bermaafan kami terus gerak ke rumah makcik di Felda Tersang 3. Yang tu kami panggil We. Adik mak sebapa, berlainan ibu juga. We tu adik beradik Atih. Masa lalu kat depan sekolah rendah snap la sekeping gambar. Rindu pulak kenangan masa kecik dulu.


Kami sampai di Tersang 3 tu dah tengahari. Sejam perjalanan dari kampung. Memang dah plan nak makan lunch kat rumah We. Dah request kat sepupu nak makan asam rong daging yang sepupu buat sedap.


Bukan takat menu asamrong je, ada ayam kicap, gulai patin, sambal tempoyak udang, ikan goreng, sayur bayam goreng, salad dan sambal belacan. Makan ramai-ramai memang menyelerakan.




Dah kenyang makan, bersalaman apa semua kami gerak balik. Raya kedua tu keluarga We dah datang rumah. Berbalas kunjungan la kami ni sebenarnya. Setahun sekali jela ada masa nak bertemu saudara mara.

Sampai rumah mandi, solat terus pengsan tidur. Sedar tak sedar dah 5 lebih. Penat betul beraya. Bangun mandi dan solat terus masuk dapur rebus tulang dalam periuk noxxa nak masak sup tulang

Kakak-kakak ajak pergi ke rumah mak saudara pupu. Sepupu arwah mak. Tengahari tu mereka ada kenduri tapi kami tak datang. Saja jela datang sebelah petang tu. Sekejap je kami ke situ.

Balik rumah masak dinner pulak. Menu sup tulang Cie masak, kakak Cie masak daging tetel masak lemak dan ada menu lain jugak lupa dah tak sempat snap gambar menu lain semua dah kelaparan dah.


Berakhir raya ke 3 Syawal. Nanti sambung sampai Syawal ke4 je sebab masih di kampung. Sempat la snap gambar rezeki duit raya tahun ni. 


Yang kuning tu Faiz bagi. Yang putih anak buah bagi gaji pertama raya tahun ni dia dah bergaji. Tahun lepas masih menerima duit raya. Cie pulak memang bagi anak buah duit raya selagi tak kerja. Yang warna warni tu ada orang bagi. 

Yang unik tu kakak ipar Cie buat untuk anak-anak buah dan cucunya je. Tapi rezeki Cie dia bagi jugak dapat la kat Cie. Kreatif kakak ipar Cie selain buat bunga boleh juga buat letak duit raya.


Catat Ulasan

0 Ulasan