Baju kakak Raisha dan adik Rania order dari Shopee je. Mulanya baju tu beli sepasang untuk adik Rania khatam Al-Quran tahun lepas, sebelum puasa tu Cie klik lagi baju yang sama.
Seawal pagi Cie dah masuk dapur masak nasi butter, ayam masak merah, acar timun dan papadom. Cie masak nasi, ayam dan papadom. Kakak Cie buat acar timun. Menu sama je untuk breakfast dan lunch. Senang sekali arung je. Takde orang beraya pun. Kakak sulung Faiz datang dengan suami dan 2 orang anaknya je.
Lepas makan kat rumah Cie kami ke rumah Kak Ngah pulak. Kakak ipar Cie nak beraya rumah Kak Ngah. Menu rumah Kak Ngah nasi dagang.
Sebelah petang pulak makcik dan sepupu datang beraya. Ramai dalam 7-8 biji kereta juga. Penuh la ruang tamu rumah pusaka mak ayah ni. Makcik ni adik beradik arwah mak. Mereka sama ayah cuma mak berbeza.
Selepas Asar kami berjalan raya rumah awek anak buah. Dihidangkan dengan menu mi kari. Lama juga kami beraya sambil berborak.
Selepas Isyak kami dinner rumah Kak Ngah. Masak dari rumah ayah lepas tu bawak makan ramai-ramai di rumah Kak Ngah. Anak-anak buah bakar mercun sponsor by Pakcu Faiz. Meriah betul bila dapat berkumpul ramai-ramai.
Anak ketiga Kak Ngah baru kerja selepas habis belajar hari tu. Dia bagi duit raya kat semua sepupu-sepupu dan makcik-makcik. Cepat masa berlalu. Dulu makcik bagi duit raya, sekarang giliran anak buah pulak. Terasa tua pun ye jugak. Hahahah.
Gambar banyak je malas nak blur kan muka orang lain tu. Kalau masuk FB atau IG tak blur kan tapi sebab blog ni terlalu umum kan jadi tak sedap pulak nak masukkan gambar tanpa izin. Ambil kenangan je untuk tatapan.
Tamat kisah raya kedua tahun ni. Selitkan juga masa untuk pastikan setiap hari ada 1 entri dalam blog ni.





0 Ulasan
Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.