Anak-anak sage green, Faiz tu entah green apa. Bila dalam gambar tengok tone Cie lebih kurang dengan Faiz. Cie tu beli online warna autumn green. Tengok dalam gambar nampak lebih kurang bila sampai lain. Tak kesah la asalkan hijau.
Untuk menu pagi raya Cie masak rendang ayam je nak makan dengan lemang yang Faiz beli. Ada jugak rendang hitam yang Kak Long bagi. Sambal sardin request dari kakak Raisha. Menu raya simple je sebab nak beraya pulak.
Tak banyak rumah pun berjalan raya. Hanya beberapa rumah saja. Selepas solat raya kami bersalaman dan bergambar keluarga dulu.
Plan nak bergerak ke rumah kakak Faiz, bergambar dulu depan rumah. Ustazah KAFA adik Rania panggil pulak ajak beraya. Kami pun singgah la kejap. Sekali jiran depan rumah. Dihidangkan lemang, rendang daging dah kuih raya.
Lepas tu kami bergambar kenangan bersama jiran. Bersalaman, bermaafan bersama. Walaupun jarang jumpa kena saling bermaafan juga mana tau ada kesilapan.
Dah siap bergambar terus bergerak ke rumah adik beradik Faiz. Mula-mula ke rumah abang kedua Faiz. Makan mi kari. Ada menu sate, nasi impit, kuah kacang. Cie makan mi kari jela.
Rumah seterusnya ke rumah kakak sulung Faiz. Makan nasi impit je. Ada menu lain juga tapi Cie makan nasi impit je. Bergambar kenangan juga depan rumah. Anak-anak buah Faiz yang buat deco tu. Setiap tahun buat deco. Rajin betul.
Dah settle semua balik la ke Lipis semula nak bergambar di pelita raya tu tapi ramai orang dan masa tu dah panas so kami cari port ootd yang lain. Bergambar sekejap je dah panas sangat matahari terus balik rumah.
Balik rumah apa lagi tukar baju, mandi, solat Zohor terus zzzzz tidur je. Sebelum Asar baru bangun. Kemas dapur dan bersiap nak balik kampung dekat. Sempat la singgah 7E Cafe Faiz beli latte.
Sampai kampung singgah rumah Kak Ngah dulu dinner kat situ. Dah siap makan baru la gerak balik ke rumah Kak Long pulak. Sampai rumah kena mengemas ruang tamu dulu. Settle kemas ruang tamu baru la masuk bilik mandi dan tidur.
Tamat la kisah 1 Syawal tahun ni. Baru hari ni berkesempatan nak cerita kisah raya pertama. Tu pun berapa kali taip ni. Masa pack sangat kalau balik kampung ni.










0 Ulasan
Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.