Hari Pertama Kerja Di Tahun Baru 2024 - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Tuesday 2 January 2024

Hari Pertama Kerja Di Tahun Baru 2024

Kerja Di Tahun Baru 2024

hari pertama kerja di tahun baru 2024

Selepas cuti tahun baru, 2 Januari 2024 bermula la rutin seperti biasa mula bekerja hari pertama di tahun baru 2024. Tiada apa-apa yang berubah pun sama je cuma tahun ni lebih banyak kerja yang menanti.

Kebiasaannya awal tahun memang banyak la segala mak nenek laporan nak dihantar. Sebab tu awal tahun dan hujung tahun memang jadi penunggu gua je kat office tak bercuti.

Minggu pertama ni ada 3 report yang Cie dah berjaya selesaikan tadi dan sudah dihantar kepada person in charge yang collect report.

Sinsing lengan jugak la dalam masa 1 hari 3 laporan berjaya disiapkan. Terpaksa juga siapkan sebab 3 Januari 2024 Cie ada appointment kat Jabatan Bedah Mulut kes gigi geraham bongsu tumbuh senget. 4 hingga 5 Januari 2024 pulak akan busy dengan penyediaan dokumen akreditasi. Kalau ikutkan bengkel tu bermula 2 Januari hingga 5 Januari.

So nak taknak apa yang perlu dihantar due date minggu ni Cie hantar jugak tadi. Bila settle awal lega la sikit dan boleh fokus kerja lain. Kena pandai-pandai bahagikan masa nak siapkan mana yang penting dulu.

Tahun 2024 ni akan menjadi tahun yang agak busy memang macam-macam la tugasan yang menanti. Semoga dipermudahkan segalanya. Semoga sentiasa bersemangat sempena tahun baru ni. Hihihi.

Sedar tak sedar tahun ni dah tahun ke 16 Cie bekerja sebagai penjawat awam. Kalau sekolah dah form 4 dah tu. Pelbagai dugaan dan cabaran. Walaupun orang cakap apa la sangat kerja kerajaan tu banyak mengular je. Tolong la ye jangan pukul rata semua orang adalah sama. Kesian yang kerja bersungguh-sungguh terpalit sama dengan segelintir yang buat hal tu.

Begitulah kan mulut manusia. Ada je benda yang nak dikata. Abaikan jela yang penting kita laksanakan segala tanggungjawab dengan sebaiknya. Semoga yang baik-baik juga datang kepada kita.

Panjang lagi tahun 2024 ni. Hari ni baru hari kedua, ada lagi 364 hari. Tahun 2024 ni tahun lompat ada 366 hari.

10 comments:

  1. Org x kn faham..maka,kita buat jelah kerja kita sehabis baik... Linda bru thun ke 11...lmbt lg nk pencen... 😂😂

    ReplyDelete
  2. Selamat bertugas di tahun baharu 2024

    ReplyDelete
  3. happy new year..smoga lebih baik dr thn2 sebelumnya

    ReplyDelete
  4. Moga yang baik2 ajer dlm kita bekerja mencari rezeki buat keluarga,, aminn

    ReplyDelete
  5. biasalah netizen semua diorg pukul rata... penjawat awam dpt bonus pun diorg bising.. kita x dpt nk puaskan hati semua org

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la bila dapat bonus pun bising. padahal tak sebanyak kerja swasta pun. kekadang swasta tu 2-3 bulan gaji bonus.

      Delete